Phoong Jin Zhe berkata peruntukan bulanan 200 liter dicadangkan tidak cukup bagi kebanyakan isi rumah.Phoong Jin Zhe berkata peruntukan bulanan 200 liter dicadangkan tidak cukup bagi kebanyakan isi rumah.

Semak kuota subsidi diesel untuk rakyat Sabah, kata ketua DAP negeri

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Mulai 1 Julai, pemilik kenderaan diesel yang layak boleh membeli sehingga 200 liter diesel bersubsidi sebulan pada harga RM2.10 seliter, manakala pemilik trak pikap dan jip boleh memohon tambahan 100 liter lagi.

PETALING JAYA: Ketua DAP Sabah Phoong Jin Zhe menyeru kerajaan menyemak semula kuota bulanan BUDI Diesel untuk negeri itu, sambil menyifatkan 200 liter tidak mencukupi bagi kebanyakan isi rumah.

Senada dengan Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen di Sarawak, Phoong berkata faktor geografi, corak petempatan, dan keperluan perjalanan di Sabah amat berbeza berbanding di Semenanjung, dan perkara tersebut mestilah digarap dalam penggubalan dasar.

“Di Kuala Lumpur, Selangor atau Pulau Pinang, 200 liter diesel sebulan mungkin cukup untuk satu isi rumah biasa.

“Namun, di Sabah, terutamanya di kawasan pedalaman dan luar bandar, banyak keluarga guna jauh lebih banyak daripada jumlah itu,” katanya dalam kenyataan.

Phoong Jin Zhe.

Phoong turut membangkitkan kebimbangan sistem subsidi itu akan mengecualikan golongan yang bergantung kepada diesel, namun tidak memiliki kenderaan diesel, termasuk mereka yang menggunakan penjana kuasa, petani, dan individu yang bergantung kepada pengangkutan sewa.

“Golongan ini mungkin tidak memiliki kenderaan diesel, tetapi mata pencarian mereka tidak kurang bergantungnya kepada diesel,” katanya sambil memberi amaran rangka kerja subsidi berasaskan pendaftaran kenderaan akan menyebabkan mereka buntu tanpa sebarang bantuan.

Mulai 1 Julai, kerajaan akan memperkenalkan program Budi Diesel, di mana pemilik kenderaan diesel yang layak di seluruh negara berhak mendapat 200 liter diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter. Pemilik trak pikap dan SUV boleh memohon tambahan 100 liter lagi.

Phoong juga memberi peringatan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pengusaha pengangkutan, dan perniagaan pertanian, yang kini sudah pun berdepan dengan kos logistik yang tinggi untuk sampai ke kawasan pedalaman, berdepan kesan rantaian kenaikan kos, sekiranya kenderaan mereka tidak layak menerima diesel bersubsidi.

“Pemilik perniagaan tidak mampu menyerap semua kos ini selamanya. Lambat laun, kos akan berpindah kepada pengguna, sekali gus mencetuskan gelombang baharu tekanan inflasi di Sabah,” katanya.

Beliau turut menggesa tempoh peralihan sekurang-kurangnya dilakukan tiga hingga enam bulan, selain menyatakan usaha libat urus dan kesedaran awam masih belum mencukupi menjelang pelaksanaannya.

Katanya, rundingan bersama kerajaan Sabah, pemain industri, dan pihak berkepentingan di peringkat akar umbi adalah perlu bagi mengelakkan masalah melaksanakannya.

“Dasar ini akan memberi impak besar kepada rakyat Sabah dan juga komuniti perniagaan. Masyarakat memerlukan masa menyesuaikan diri, dan proses pelaksanaan itu memerlukan persediaan yang lebih baik,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002613
$0.00002613$0.00002613
+0.03%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order