Mewartakan 50 ekar tanah di Bandar Malaysia sebagai tanah rizab Melayu merupakan langkah penting, kata perdana menteri.Mewartakan 50 ekar tanah di Bandar Malaysia sebagai tanah rizab Melayu merupakan langkah penting, kata perdana menteri.

Warta 50 ekar rizab Melayu di Bandar Malaysia perlu keberanian politik

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
bandar malaysiaProjek Bandar Malaysia yang terletak di Sungai Besi dijangka memiliki nilai pembangunan kasar sebanyak RM140 bilion. (Gambar fail)

PUTRAJAYA: Keputusan mewartakan 50 ekar atau 20.23 hektar tanah di Bandar Malaysia sebagai tanah rizab Melayu merupakan langkah penting bagi membela kepentingan Bumiputera, yang memerlukan keberanian politik serta kebijaksanaan dalam mendapatkan sokongan semua pihak, kata Anwar Ibrahim.

Perdana menteri berkata kawasan seluas kira-kira 480 ekar (kira-kira 194.24 hektar) di Bandar Malaysia diambil alih semula kerajaan selepas projek itu gagal susulan salah guna kuasa pentadbiran terdahulu, sebelum diuruskan di bawah Khazanah Nasional Bhd dan Petroliam Nasional Bhd.

“50 ekar itu sama dengan 5,000 ekar (2023.42 hektar) di Kedah (dari segi nilai). Bukan kecil dari segi nilai dan saya tahu ini (akan menjadi) kontroversi kalau tidak ditangani dengan baik.

“Saya tegaskan, itu satu keputusan dari sudut membela kepentingan Bumiputera yang amat besar dan kritikal untuk saya. Ia memerlukan keberanian politik dan kebijaksanaan dalam berurusan dengan semua sektor,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Kebangsaan Profesion Peguam Syarie 2026.

Perdana menteri menegaskan keputusan itu tidak melibatkan pengambilan tanah milik mana-mana kaum kerana kawasan berkenaan sememangnya menjadi milik kerajaan.

Beliau berkata kerajaan turut memberi penjelasan kepada pemimpin pelbagai kaum mengenai rasional keputusan itu bagi mengelakkan salah faham dan memastikan ia dapat dilaksanakan dengan baik.

Pada 27 Jun tahun lepas, Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan kajian lanjut berkaitan strategi pembangunan 50 ekar tanah rizab Melayu di Bandar Malaysia sedang dijalankan bagi memastikan ia selari dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan pembangunan Bandar Malaysia sebagai hab perniagaan antarabangsa.

Menurut MoF, beberapa prinsip penting diambil kira dalam kawasan seluas 50 ekar tersebut antaranya ialah penempatan berkelompok di sekitar kemudahan penting yang relevan seperti masjid, tersebar dan bersepadu selaras dengan konsep keterangkuman.

Selain itu, ia berpotensi untuk dibangunkan sebagai tempat tarikan pelancong yang mempamerkan budaya masyarakat Melayu, pemerkasaan ekonomi orang Melayu dengan menyediakan peluang pemilikan hartanah di dalam kawasan bandar.

Projek Bandar Malaysia yang terletak di Sungai Besi dijangka memiliki nilai pembangunan kasar sebanyak RM140 bilion.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002815
$0.00002815$0.00002815
+6.75%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order