Ketua penerangan Umno berkata wakil rakyat yang tidak memberikan tumpuan kepada kawasan akan menyukarkan usaha membela kebajikan penduduk setempat.Ketua penerangan Umno berkata wakil rakyat yang tidak memberikan tumpuan kepada kawasan akan menyukarkan usaha membela kebajikan penduduk setempat.

Azalina seru rakyat Johor pilih calon mampu beri khidmat terbaik

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Azalina Othman SaidAzalina Othman Said merasmikan pejabat satelit Jabatan Bantuan Guaman di Mahkamah Pengerang, Bandar Penawar, Kota Tinggi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno Azalina Othman Said memohon pengundi memilih calon dekat dengan rakyat, mampu memberikan perkhidmatan terbaik serta meletakkan kepentingan kawasan sebagai keutamaan pada PRN Johor, 11 Julai ini.

Katanya, pengundi perlu menilai rekod dan komitmen calon sebelum membuat pilihan kerana wakil rakyat yang tidak memberikan tumpuan kepada kawasan akan menyukarkan usaha membela kebajikan penduduk setempat.

“Kalau memilih wakil rakyat yang tidak berada di kawasan dan lebih banyak berada di tempat lain, sudah tentu ia menyukarkan rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan yang sewajarnya,” katanya yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan reformasi institusi), menurut Bernama.

Beliau ditemui selepas merasmikan pejabat satelit Jabatan Bantuan Guaman (JBG) di Mahkamah Pengerang, Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Sementara itu, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang berharap penyandang kerusi DUN menunjukkan prestasi baik sepanjang sepenggal lalu dapat dikekalkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi PRN Johor.

Beliau turut mengulangi pandangan supaya calon muda diberikan peluang untuk bertanding namun ia tertakluk kepada pertimbangan kepimpinan parti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRN Johor ke-16, manakala 27 Jun hari penamaan calon dan pengundian awal 7 Julai.

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage