Mereka mahu tanah Orang Asli diiktiraf sebagai tanah adat secara rasmi bawah prinsip 'common law' sedia ada, dan bukan bergantung semata-mata kepada pewartaan.Mereka mahu tanah Orang Asli diiktiraf sebagai tanah adat secara rasmi bawah prinsip 'common law' sedia ada, dan bukan bergantung semata-mata kepada pewartaan.

Orang Asli serah memo berkait hak tanah kepada Zahid

2026/06/12 15:53
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
orang asli serah memorandumOrang Asli yang berhimpun di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Putrajaya.

PUTRAJAYA: Ratusan Orang Asli berkumpul di luar Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi mendesak kerajaan memperakui hak tanah adat dengan kadar segera.

Mereka menyerahkan memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi kerana mahu tanah Orang Asli diiktiraf sebagai tanah adat secara rasmi bawah prinsip ‘common law’ sedia ada, dan bukan bergantung semata-mata kepada pewartaan.

Memorandum diterima pegawai Zahid. Zahid juga menerajui KKDW, yang bertanggungjawab memantau kebajikan dan pembangunan masyarakat Orang Asli.

Penganjur perhimpunan ini, termasuk kumpulan alam sekitar seperti Peka dan Greenpeace, menyatakan hanya sekitar 20% daripada tanah yang diiktiraf oleh kerajaan sebagai tanah Orang Asli dirizabkan secara rasmi, menyifatkan perkara ini sebagai kegagalan dasar yang berlarutan sekian lama.

Setiausaha Agung Peka, Vimala Raghavan, menggesa kerajaan mengadakan satu sesi rundingan dalam tempoh satu minggu selepas memorandum diterima.

Vimala menuntut mesyuarat berkenaan melibatkan wakil daripada semua 19 suku kaum Orang Asli di Semenanjung, bersama wakil sah mereka.

Seorang wakil Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia, yang hanya dikenali sebagai Ismail, menyatakan sebahagian besar tanah adat Orang Asli diperuntukkan kepada syarikat-syarikat yang diluluskan oleh kerajaan negeri, menyebabkan komuniti itu menjadi semakin terdedah kepada ancaman.

“Kerajaan mesti memberikan perhatian sepenuhnya dan dengan segera bagi memastikan komuniti Orang Asli tidak ditindas di negara mereka sendiri,” katanya.

Peserta himpunan menyatakan mereka akan perhebat tindakan sekiranya tiada maklum balas yang bermakna diberikan dalam tempoh seminggu.

Mereka menegaskan mobilisasi yang lebih besar akan dianjurkan sekiranya kerajaan gagal melaksanakan komitmennya.

시장 기회
Common Protocol 로고
Common Protocol 가격(COMMON)
$0.0001564
$0.0001564$0.0001564
+1.69%
USD
Common Protocol (COMMON) 실시간 가격 차트

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage