Ahli perniagaan berkata, semua dakwaan tersebar di media sosial itu tidak benar, tidak berasas dan mengelirukan.Ahli perniagaan berkata, semua dakwaan tersebar di media sosial itu tidak benar, tidak berasas dan mengelirukan.

Daing Malek nafi kaitan dengan pembelian hartanah USD13 juta didakwa ‘dibiayai Rosmah’

2026/06/13 22:08
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Daing A Malek DaingAhli perniagaan Daing A Malek Daing Rahaman berkata, satu laporan polis telah dibuat dan pihak berkuasa sedang siasat penyebaran serta pengedaran dakwaan palsu terhadapnya. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan terkenal Daing A Malek Daing Rahaman menafikan sekeras-kerasnya dakwaan di media sosial yang mengaitkannya dengan pembelian sebuah hartanah mewah di New Jersey, Amerika Syarikat.

Dalam kenyataan hari ini, beliau merujuk dakwaan yang tular bersama satu video di platform media sosial X (dahulunya dikenali sebagai Twitter), yang kemudian disebarkan semula di internet oleh seorang pengguna bernama Mark Lansvin menerusi akaun @lansvin.

Menurut dakwaan itu, Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Najib Razak, didakwa mengarahkan serta membiayai pembelian sebuah rumah agam bernilai USD13 juta di Margos Way pada Julai 2025, kawasan yang digelar ‘Billionaire’s Row’.

Laporan itu turut mendakwa pembeli berdaftar ialah menantu mereka, Daniyar Kessikbayev.

Selain itu, dakwaan berkenaan turut menyebut bahawa pada Mei 2026, melalui deklarasi amanah sulit, hartanah tersebut dipindahkan kepada Daran Investments Capital Inc, sebuah syarikat luar pesisir yang didakwa tidak telus, dengan Daing A Malek dikaitkan sebagai pemegang sahamnya.

Laporan itu juga mendakwa pihak berkuasa AS sedang menjejaki aliran wang melalui proksi.

Menafikan perkara tersebut, Daing A Malek berkata, semua dakwaan berkenaan tidak benar, tidak berasas, berunsur fitnah dan mengelirukan.

“Semua tuduhan yang dikaitkan dengan saya dalam penerbitan itu adalah palsu, tidak berasas, berunsur fitnah dan amat mengelirukan. Saya dengan tegas, jelas dan tanpa sebarang keraguan menafikan setiap kenyataan yang mengaitkan saya,” katanya.

Beliau berkata, penyebaran dan pengedaran semula dakwaan palsu itu telah menjejaskan reputasi, watak serta integriti peribadinya.

“Semua pihak diberi amaran bahawa sebarang penerbitan, penyiaran semula, perkongsian atau penyebaran kenyataan palsu ini akan menyebabkan tindakan undang-undang dan pendakwaan jenayah,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai atau menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih berkaitan dakwaan berkenaan kerana ia boleh dianggap sebagai penerbitan fitnah berterusan.

“Saya dengan tegas mengekalkan semua hak dan remedi di sisi undang-undang, termasuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, satu laporan polis telah dibuat dan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan, termasuk mengesan pihak yang terlibat dalam penyebaran serta pengedaran maklumat berkenaan.

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage