Kepelbagaian yang menjadi asas pembentukan negara perlu terus dipelihara dengan menolak unsur yang boleh memecahbelahkan masyarakat.Kepelbagaian yang menjadi asas pembentukan negara perlu terus dipelihara dengan menolak unsur yang boleh memecahbelahkan masyarakat.

Kematangan politik perlu untuk perkukuh semangat negara bangsa

2026/06/13 23:18
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
anwar ibrahimPM Anwar Ibrahim ingatkan rakyat agar meneruskan perjuangan tokoh terdahulu dengan menjaga perpaduan negara dan tidak membiarkan isu kaum atau wilayah digunakan untuk menanam kebencian. (Gambar Facebook)

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Malaysia memerlukan kematangan, kewarasan dan kebijaksanaan politik bagi mempertahankan serta memperkukuh semangat negara bangsa yang dibina atas nilai perpaduan.

Beliau berkata kepelbagaian yang menjadi asas pembentukan negara perlu terus dipelihara menerusi semangat saling menghormati, selain menolak sebarang unsur yang boleh memecahbelahkan masyarakat.

“Sebab itu cabaran kita negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, suku kaum yang berbeza, warna kulit yang berbeza. Kita perlukan kematangan, kewarasan, kebijaksanaan dalam politik dalam mempertahankan dan memperkukuh semangat negara bangsa ini,” kata beliau.

Perdana menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Minggu Perpaduan Negara Peringkat Kebangsaan 2026 di Kompleks Sukan Likas.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor, Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang dan Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar berkata pembentukan negara bangsa seperti Malaysia memerlukan kebijaksanaan dan kesabaran tinggi sebagaimana yang ditunjukkan oleh tokoh-tokoh pengasas negara terdahulu.

Beliau berkata tokoh seperti Tunku Abdul Rahman serta pemimpin dari Sabah dan Sarawak mempunyai jiwa murni serta kecintaan mendalam terhadap tanah air walaupun mewakili pelbagai latar belakang yang berbeza.

“Tokoh-tokoh seperti Temenggong Jugah Barieng, Datu Mustapha Datu Harun, Fuad Stephens, mereka ini mempunyai jiwa murni untuk menjayakan Malaysia,” kata beliau.

Perdana menteri mengingatkan rakyat agar meneruskan perjuangan tokoh terdahulu dengan menjaga perpaduan negara dan tidak membiarkan isu kaum atau wilayah digunakan untuk menanam kebencian.

Beliau berkata perbuatan menanam bibit kebencian dan sikap tidak menghormati perbezaan akan menjadi punca kepada perpecahan.

Anwar berkata majoriti rakyat menyedari bahawa nikmat perpaduan membawa kepada kestabilan yang menjadi asas penting bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata semangat perpaduan perlu dipupuk dengan menghormati perbezaan bahasa, budaya, kaum dan kepercayaan, bukan sekadar mengenali antara satu sama lain secara luaran.

Sehubungan dengan itu, perdana menteri mahu jentera perpaduan seperti Rukun Tetangga dan Komuniti Madani terus berperanan sebagai platform utama dalam memupuk kerjasama erat antara kaum.

Beliau memuji Sabah sebagai contoh negeri yang memperlihatkan semangat perpaduan membanggakan khususnya menerusi keharmonian rakyat pelbagai suku kaum dan budaya.

Anwar berkata suasana sambutan yang meriah membuktikan rakyat Sabah terus menjadi teladan dalam usaha memelihara keharmonian serta kebersamaan dalam sebuah masyarakat majmuk.

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage