Bekas menteri yang kini ahli PAS berkata parti itu menjadikan prinsip Islam sebagai teras pemerintahan.Bekas menteri yang kini ahli PAS berkata parti itu menjadikan prinsip Islam sebagai teras pemerintahan.

Zaid ikrar kikis imej PAS parti ekstrem anti-demokrasi

2026/06/14 09:34
1분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
zaid ibrahimBekas menteri Zaid Ibrahim menyifatkan PAS sebagai satu-satunya parti majoriti Melayu yang mempunyai kekuatan dan tekad untuk menghapuskan ketidaksamarataan, hegemoni serta keistimewaan golongan tertentu.

PETALING JAYA: Selepas diterima menyertai PAS, Zaid Ibrahim berikrar akan berusaha mengikis imej parti itu sebagai parti ekstrem anti-demokrasi yang tidak sesuai untuk Malaysia majmuk.

Bekas menteri undang-undang itu menyifatkan PAS sebagai satu-satunya parti majoriti Melayu yang mempunyai kekuatan dan tekad untuk menghapuskan ketidaksamarataan, hegemoni serta keistimewaan golongan tertentu.

Tegasnya, PAS menjadikan prinsip Islam sebagai teras pemerintahan.

“Di bawah pemerintahan PAS, tidak akan wujud keadaan di mana rakyat digambarkan sebagai setara, tetapi hakikatnya ada yang lebih setara daripada yang lain.

“Itu sebabnya PAS akan mentadbir Malaysia bersama Ahli Parlimen progresif yang sehaluan selepas PRU akan datang,” katanya dalam catatan Facebook.

Malam tadi, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dalam ceramah di Seremban mengumumkan Zaid antara 14 tokoh yang menyertai parti Islam itu.

Nama besar lain yang turut menyertai PAS ialah bekas exco Negeri Sembilan dan bekas Adun Ampangan Rafie Abdul Malek, bekas exco Perak dan bekas naib presiden Bersatu Hamidah Othman, bekas pengerusi Amanah Negeri Sembilan Rosli Yaakup serta bekas pengerusi Kelab Umno Manchester Md Nizam Baharom.

시장 기회
Particle Network 로고
Particle Network 가격(PARTI)
$0.0591
$0.0591$0.0591
-0.20%
USD
Particle Network (PARTI) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage