Presiden Amerika Syarikat berkata ia tidak sepatutnya berlaku ketika Washington berada di ambang perjanjian damai dengan Iran.Presiden Amerika Syarikat berkata ia tidak sepatutnya berlaku ketika Washington berada di ambang perjanjian damai dengan Iran.

Trump kritik serangan Israel terhadap Beirut ketika rundingan damai Iran

2026/06/15 07:52
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata berkata perjanjian dengan Iran dijadualkan ditandatangani pada Ahad, walaupun Tehran mempertikaikan garis masa. (Gambar EPA Images)

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad mengkritik serangan Israel ke atas Beirut, menegaskan bahawa serangan itu tidak sepatutnya berlaku ketika Washington berada di ambang perjanjian damai dengan Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Serangan pagi ini ke atas Beirut tidak sepatutnya berlaku, terutamanya pada hari istimewa apabila kita begitu hampir dengan perjanjian damai,” tulis Trump di platform media sosialnya Truth Social.

Beliau berkata insiden yang mendapat tindak balas Israel itu sebagai ‘kecil dan tidak bermakna,’ menyebabkan tiada kemalangan jiwa, dan menggesa semua pihak untuk ‘berundur’ bagi mengelak mengganggu proses diplomatik.

“Kita sangat hampir dengan perjanjian yang akan membawa keamanan ke rantau ini, termasuk ke Lubnan,” katanya, menggesa semua serangan Israel di Lubnan dihentikan serta-merta, serta pemberhentian serangan oleh Hizbullah.

“Ini boleh menjadi permulaan kepada kedamaian yang panjang dan indah – “Jangan kita sia-siakannya,” ” tambah Trump.

Sebelum ini, laman web berita Amerika Axios, memetik pegawai Israel dan AS, mendakwa Israel telah memaklumkan kepada Komando Pusat AS sebelum serangan Beirut.

Trump pada Sabtu berkata perjanjian dengan Iran dijadualkan ditandatangani pada Ahad, walaupun Tehran mempertikaikan garis masa.

Sumber di Tehran memberitahu Agensi Berita Fars bahawa cadangan memorandum persefahaman masih ‘dalam pertimbangan’ dan tiada keputusan muktamad diumumkan.

Sementara itu, Mohammad Bagher Qalibaf, speaker parlimen Iran pad Ahad, menuduh Washington kekurangan ‘kehendak atau kemampuan’ untuk memenuhi kewajipannya, memetik serangan Israel yang berterusan di Lubnan.

Iran menggesa untuk menamatkan perang di semua sektor termasuk Lubnan, melepaskan aset bekunya dan menamatkan sekatan AS ke atas pelabuhannya; AS menuntut Tehran menghentikan program nuklear dan membuka semula Selat Hormuz sepenuhnya.

시장 기회
OFFICIAL TRUMP 로고
OFFICIAL TRUMP 가격(TRUMP)
$2.043
$2.043$2.043
+1.89%
USD
OFFICIAL TRUMP (TRUMP) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel