Peminjam dan teman wanitanya direman sehingga 22 Jun dengan dua suspek utama sedang diburu.Peminjam dan teman wanitanya direman sehingga 22 Jun dengan dua suspek utama sedang diburu.

2 diculik akibat hutang dadah, seludup Pati RM33,000

2026/06/15 11:22
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Mohd Yusoff MamatKetua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat, berkata dua lelaki berkenaan ditemukan selamat polis Thailand selepas dua hari diculik. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Hutang dadah dan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (Pati) berjumlah RM33,000 membawa kepada penculikan dua lelaki dalam kejadian di Tumpat dan Pasir Mas.

Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat, berkata dua lelaki berkenaan masing-masing berusia 35 dan 51 tahun diculik sebagai cagaran sebelum dibawa ke Thailand dalam kejadian pada 6 Jun, selepas saudara mereka gagal menjelaskan hutang tersebut.

Namun, mangsa ditemukan selamat di Mundok, Thailand oleh polis di sana dua hari kemudian, lapor Harian Metro.

“Susulan kejadian itu, kita menahan empat lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. Peminjam sebenar iaitu lelaki berusia 25 tahun dan teman wanitanya turut ditahan dan kini direman sehingga 22 Jun.

“Siasatan kita mendapati, kes culik berkenaan berkait dengan hutang dadah dan penyeludupan Pati berjumlah RM33,000,” katanya di Kota Bharu.

Beliau berkata, pihaknya masih memburu dua suspek utama dikenali sebagai Mohamad Syamsul Azroy Che Anuar , 32 dan Hamzah Muhamad, 40, dipercayai melarikan diri ke Thailand.

“Kedua-dua suspek berkenaan juga turut membakar Perodua Myvi milik mereka di Gelang Emas, Pasir Mas dipercayai kenderaan digunakan untuk menculik mangsa,” katanya.

Polis Kelantan turut meminta bantuan pihak berkuasa Thailand bagi mengesan dua suspek berkenaan.

“Kedua-dua suspek yang dikehendaki itu masing-masing mempunyai 10 rekod berkait kes dadah dan jenayah.”

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel