Menteri pertahanan berkata punca sebenar kejadian perlu dikenal pasti dengan sebarang kelemahan diatasi.Menteri pertahanan berkata punca sebenar kejadian perlu dikenal pasti dengan sebarang kelemahan diatasi.

Khaled mahu disegera siasatan 2 askar maut baling grenad

2026/06/21 12:32
1분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
grenadeNorazmi Abu Bakar berpangkat koperal dan Siti Khadijah Sungip berpangkat prebet maut ketika jalani latihan baling grenad di Kem Hobart, Gurun, pada 16 Jun. (Gambar Envato Elements)

PETALING JAYA: Menteri Pertahanan Khaled Nordin menyeru disegerakan kes siasatan kematian dua tentera yang maut ketika latihan membaling grenad di Kem Hobart, Gurun.

Tegasnya, ia bagi mengenal pasti punca kejadian dengan sebarang kelemahan boleh diperbaiki.

“Ini (grenad) bila dicabut dalam masa tujuh saat mesti dibaling. Apa silap di situ kena siasat. Apakah mereka yang terlibat itu darah gemuruh ke apa, itu sebabnya kita kena siasat.

“Saya tak nak buat andaian, kita siasat dulu apabila siasatan itu kita lihat mana ada kelemahan, kita akan tambah baik. Jadi, saya harap (siasatan) dapat disegerakan,” katanya menurut Berita Harian, di Kota Tinggi.

Khaled berkata, tentera darat sudah mengeluarkan arahan menangguhkan semua latihan membabitkan penggunaan grenad sehingga siasatan selesai.

Pada 16 Jun, Cawangan Komunikasi Strategi Tentera Darat dalam kenyataan, berkata Norazmi Abu Bakar berpangkat koperal daripada 6 Rejimen Askar Melayu Diraja dan Siti Khadijah Sungip berpangkat prebet daripada 1 Skuadron RAJD, maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, bagi mendapatkan rawatan.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order