Ketua penerangan PN berkata tiada isu berkaitan kedudukan Bersatu yang memerlukan perbincangan khusus.Ketua penerangan PN berkata tiada isu berkaitan kedudukan Bersatu yang memerlukan perbincangan khusus.

Kedudukan Bersatu tak dibincang kerana mahu kekal dalam PN, kata Annuar

2026/06/23 12:36
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
annuar musaKetua Penerangan PN Annuar Musa berkata mesyuarat tergempar malam tadi berlangsung dalam suasana harmoni.

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) tidak membincangkan kedudukan Bersatu dalam mesyuarat tergempar majlis tertinggi malam tadi kerana parti itu mahu terus kekal dalam gabungan.

Ketua Penerangan PN, Annuar Musa, berkata justeru tiada isu berkaitan kedudukan Bersatu yang memerlukan perbincangan khusus dalam mesyuarat.

“Kedudukan Bersatu tidak dibincangkan kerana parti itu mahu terus kekal dalam PN, justeru tiada isu,” katanya kepada FMT.

Mesyuarat tergempar majlis tertinggi PN malam tadi mengumumkan Parti Wawasan Negara (Wawasan) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) diterima masuk sebagai parti komponen.

Pengerusi Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan dicapai dalam pertemuan dihadiri pemimpin PAS, Bersatu, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia.

Sebelum mesyuarat, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menegaskan partinya akan kekal dalam PN ‘sampai bila-bila’.

Selain itu, Naib Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata kehadiran mereka malam tadi bagi membawa pendirian parti dalam semua perbincangan gabungan memandangkan PN diasaskan Muhyiddin.

Mesyuarat itu diadakan ketika kerjasama PAS dan Bersatu berakhir, serta krisis PN yang antaranya menyaksikan Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin ditamatkan sebagai pengarah pilihan raya gabungan.

Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali pula diberhentikan sebagai timbalan setiausaha agung PN.

Pada 21 Jun lalu, Samsuri berkata isu keahlian Bersatu dijangka dibincangkan dalam mesyuarat tertinggi gabungan.

Katanya, sebarang perkara membabitkan keahlian atau kedudukan parti dalam PN perlu melalui proses perbincangan dan keputusan bersama di peringkat kepimpinan.

Sementara itu, Annuar yang juga ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat menegaskan mesyuarat berlangsung dalam suasana harmoni, sekali gus menolak tanggapan berlaku pergeseran dalam kalangan parti komponen gabungan.

Annuar berkata beliau berpuas hati dengan hasil mesyuarat tergempar malam tadi.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00002611
$0.00002611$0.00002611
+0.19%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order