Menteri pelaburan, perdagangan dan industri berkata pelabuhan bertaraf antarabangsa mampu tarik kapal dagang besar dan kurangkan kos logistik.Menteri pelaburan, perdagangan dan industri berkata pelabuhan bertaraf antarabangsa mampu tarik kapal dagang besar dan kurangkan kos logistik.

Putrajaya sedia bantu Sabah besar, naik taraf pelabuhan, kata Johari

2026/06/23 14:02
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Johari GhaniMenteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti), Johari Ghani menyarankan kerajaan Sabah berbincang dengan kerajaan persekutuan berhubung cadangan naik taraf dan besarkan pelabuhan di negeri itu. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Putrajaya sedia bekerjasama dengan kerajaan Sabah bagi menaik taraf dan membesarkan kapasiti pelabuhan di negeri itu supaya produk hasil bumi dapat dieksport secara terus ke pasaran global tanpa perlu melalui Pelabuhan Klang.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti), Johari Ghani berkata infrastruktur pelabuhan bertaraf antarabangsa amat kritikal di Sabah dan Sarawak bagi menarik kehadiran kapal dagang besar, sekaligus mengurangkan kos logistik yang tinggi.

“Kita mempunyai banyak hasil bumi di sana tetapi jika tidak mempunyai pelabuhan yang cekap dan bertaraf antarabangsa seperti Northport, Westport (Pelabuhan Klang) atau Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Kapal-kapal tidak akan datang membawa volum dagangan.

“Sebagai contoh di Sabah, sekiranya kapal membawa jumlah kontena yang besar, pelabuhan sedia ada mungkin tidak mampu menampung kuantiti tersebut. Jadi, pembesaran kapasiti ini memerlukan pelaburan yang besar,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Shafie Apdal (Warisan-Semporna) mengenai rungutan pelabur Sabah yang terpaksa menanggung kos berganda kerana mengeksport bahan mentah melalui Pelabuhan Klang, berbanding secara terus ke Amerika Syarikat (AS) atau China.

Menurut Shafie, kedudukan geografi Sabah sebenarnya lebih dekat dengan pasaran utama seperti Jepun, China, dan AS, dan eksport secara terus mampu menjadikan harga produk tempatan jauh lebih kompetitif.

Johari berkata kerajaan Sabah disaran mengadakan perbincangan lanjut dengan kerajaan persekutuan sekiranya mahu melaksanakan projek pembesaran pelabuhan.

“Jadi kalau katakan nak buat pembesaran, bincanglah dengan Persekutuan. Saya rasa kita pun boleh tengok perkara ini sebab apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak juga memberi manfaat kepada Persekutuan,” katanya.

Beliau memberi contoh bagaimana Pelabuhan Bintulu baru-baru ini telah diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan Sarawak untuk dikendalikan dengan sokongan penuh daripada persekutuan.

Sebelum ini, langkah memperkasakan pelabuhan di wilayah Borneo mencatatkan perkembangan signifikan apabila kuasa kawal selia Pelabuhan Bintulu diserahkan sepenuhnya daripada persekutuan kepada kerajaan Sarawak melalui perjanjian bernilai RM1.8 billion.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0,00002606
$0,00002606$0,00002606
0,00%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order