Ketua Polis Jasin, Lee Robert berkata kejadian itu menyebabkan dua individu cedera kerana dipukul.Ketua Polis Jasin, Lee Robert berkata kejadian itu menyebabkan dua individu cedera kerana dipukul.

7 ditahan bergaduh berhampiran perhentian bas

2026/06/24 10:43
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
handcuffKetua Polis Jasin, Lee Robert berkata polis akan mendapatkan perintah reman hari ini terhadap semua suspek yang berusia antara 20 hingga 29 tahun itu.

JASIN: Polis menahan enam lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes pergaduhan yang menyebabkan dua individu cedera dalam kejadian berhampiran sebuah perhentian bas di Jalan Gapam, Bemban, semalam.

Ketua Polis Jasin, Lee Robert berkata semua suspek berusia antara 20 hingga 29 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar Melaka antara 3 petang hingga 6.50 petang semalam.

“Polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan termasuk lima telefon bimbit, pakaian, kasut, selipar serta sebatang kayu berwarna coklat.

“Permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Jasin hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Lee berkata dua mangsa yang menerima rawatan di Hospital Melaka akibat kejadian itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Semalam, Lee dilaporkan berkata dua lelaki cedera parah selepas dipercayai dipukul dalam pergaduhan melibatkan dua kumpulan lelaki di tepi jalan berhampiran perhentian bas di Jalan Gapam.

Beliau dipetik sebagai berkata berkata dalam kejadian kira-kira 12.10 tengah malam itu, mangsa seorang penganggur berusia 21 tahun mengalami kecederaan serius pada kepala, manakala seorang lagi mangsa berusia 28 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori mengalami pendarahan dalam otak selain patah tangan dan kaki kiri.

시장 기회
BAS 로고
BAS 가격(BAS)
$0.0498
$0.0498$0.0498
+21.16%
USD
BAS (BAS) 실시간 가격 차트

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order