Chew Chong Sin berkata kerajaan negeri perpaduan membabitkan BN dan PN boleh membawa kepada pelaksanaan dasar konservatif di Johor.Chew Chong Sin berkata kerajaan negeri perpaduan membabitkan BN dan PN boleh membawa kepada pelaksanaan dasar konservatif di Johor.

Bekas Adun DAP dakwa BN, PN ada ‘persefahaman’ bentuk kerajaan negeri

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Chew Chong SinChew Chong Sin berkata peratusan keluar mengundi antara 65% hingga 75% diperlukan bagi menghalang PN dan BN memenangi kerusi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang bekas Adun DAP menggesa pengundi keluar mengundi beramai-ramai pada PRN Johor bagi menghalang Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan negeri seterusnya.

Chew Chong Sin mendakwa wujud ‘persefahaman tidak rasmi’ antara kedua-dua gabungan itu, berdasarkan keputusan PN meletakkan 33 calon, menurut laporan China Press.

PRN Johor pada 11 Julai ini menyaksikan 56 kerusi DUN dipertandingkan, dengan 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan melalui majoriti mudah.

“Keputusan Parti Wawasan Negara untuk tidak bertanding pada PRN Johor akan memberi ruang kepada calon MCA daripada BN mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu,” katanya seperti dipetik.

Chew berkata peratusan keluar mengundi antara 65% hingga 75% diperlukan bagi menghalang PN dan BN memenangi kerusi, sekali gus memastikan calon Pakatan Harapan (PH) mempunyai peluang lebih baik untuk menang.

Bekas Adun Mengkibol selama dua penggal itu berkata, sekiranya kerajaan perpaduan membabitkan wakil BN dan PN dibentuk, ia boleh membawa kepada pelaksanaan dasar konservatif yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat Johor.

“Saya menyeru pengundi Johor keluar mengundi dengan penuh semangat demi mempertahankan reformasi demokrasi dan pembangunan ekonomi,” katanya.

BN meletakkan calon di semua 56 kerusi DUN pada PRN kali ini.

Ketua BN Johor Onn Hafiz Ghazi pada Rabu menolak kemungkinan membentuk kerajaan campuran dengan mana-mana parti selepas pilihan raya negeri itu.

시장 기회
카다노 로고
카다노 가격(ADA)
$0.1444
$0.1444$0.1444
-0.75%
USD
카다노 (ADA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.