Naib Ketua Pemuda Nabil Halimi jawab pendirian Pemuda Umno berhubung calon menteri besar.Naib Ketua Pemuda Nabil Halimi jawab pendirian Pemuda Umno berhubung calon menteri besar.

PKR sekali lagi ingatkan Umno nasib ‘poster boy’ BN

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Nabil HalimiNaib Ketua Pemuda PKR Nabil Halimi kata kerajaan BN di Johor mendapat hasil daripada perancangan kerajaan yang dikemudi oleh pengerusi PH. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pemuda PKR sekali lagi mengingatkan Umno bahawa ‘poster boy’ tidak semestinya akan menjadi menteri besar, sepertimana nasib Barisan Nasional pada PRN Johor 2022.

Naib Ketua Pemuda Nabil Halimi mengingatkan Ketua Pemuda Umno Johor, Noor Azleen Ambros, bahawa pengerusi BN Johor kini, Onn Hafiz Ghazi, bukan wajah kempen BN ketika itu.

Peringatan itu menyusuli pendirian Pemuda Umno bahawa rakyat berhak mengetahui siapa calon menteri besar yang ditawarkan oleh parti atau gabungan politik, meskipun penganalisis berpandangan ia bukan prasyarat untuk memenangi pilihan raya.

“Mungkin Azleen sudah lupa ‘poster boy’ Johor pada PRN sebelum ini juga akhirnya tidak menjadi menteri besar Johor,” kata Nabil dalam kenyataan.

Onn Hafiz baru-baru ini mencabar PH menamakan ‘poster boy’ bagi PRN, atas alasan pengundi berhak tahu siapa yang akan diketengahkan oleh PH sebagai calon menteri besar.

Pengerusi BN Johor itu bagaimanapun mengakui ‘poster boy’ tidak menjamin pelantikan sebagai menteri besar, kerana perkenan diraja adalah penting dalam menentukan siapa yang akan menerajui kerajaan negeri.

Pengerusi PKR Johor Zaliha Mustafa bagaimanapun mempersoalkan pendirian Onn Hafiz, dan berkata PH mempunyai ramai pemimpin berwibawa yang boleh memikul tanggungjawab tersebut.

“Pilihan raya di Johor ini bukan sekadar menteri tetapi pasukan mana boleh menyediakan perancangan akan memartabatkan bangsa Johor dari sudut ekonomi dan sosial,” kata Nabil.

Beliau menekankan peranan Pakatan Harapan dalam mengangkat Johor sebagai negeri pelaburan utama, melalui inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura serta pemulihan Forest City.

“Kerajaan negeri BN mendapat hasil daripada pelan dan perancangan kerajaan yang dikemudi oleh Anwar Ibrahim,” katanya. Anwar adalah pengerusi PH dan presiden PKR.

“Kami mampu menawarkan wajah kerajaan negeri lebih segar, progresif dan baru yang mampu memakmurkan seluruh ekonomi Johor.”

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Newbies:Deposit $100, Get $1,000Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Plus Up to a $50 Referral Bonus