Pada PRN 2022 Najib Samuri menang selepas mendapat 9,070 undi dalam pertandingan empat penjuru dan kali ini berdepan pertembungan dua penjuru.Pada PRN 2022 Najib Samuri menang selepas mendapat 9,070 undi dalam pertandingan empat penjuru dan kali ini berdepan pertembungan dua penjuru.

Calon BN sasar 15,000 undi lawan ‘orang kanan’ ketua PH Johor

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Yaani Najib SamuriNajib Samuri berkata fokus utamanya adalah meningkatkan jumlah sokongan rakyat kepada Barisan Nasional.

BATU PAHAT: Calon Barisan Nasional (BN) DUN Parit Yaani, Najib Samuri, yang menyasarkan 15,000 undi menyifatkannya berdepan cabaran besar apabila bertembung satu lawan satu dengan Ezam Taslim iaitu ‘orang kanan’ ketua Pakatan Harapan (PH) Johor pada PRN 11 Julai ini.

Katanya, walaupun Ezam dianggap calon baharu, kedudukannya sebagai naib ketua Amanah Sri Gading dan pegawai khas kepada Aminolhuda Hassan menjadikan cabaran di Parit Yaani bukan mudah.

“Pada saya soal kata mudah itu…tak mudah. Masih ada cabaran sebab segala pergerakan beliau (Ezam) melambangkan pergerakan Aminolhuda sendiri.

“Bila dia bertanding, umpama Aminolhuda yang bertanding di Parit Yaani. Jadi, kita tak pernah mengambil mudah persaingan di sini,” katanya dalam temu bual FMT.

Pada PRN Johor 2022, Najib mendapat 9,070 undi mengalahkan Aminolhuda (8,776), calon Perikatan Nasional Ahmad Nawfal Mahfodz (5,435) dan Ridhauddin Tahir daripada Pejuang (239) dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti diperolehnya hanya 294.

Parit Yaani terletak bawah Parlimen Sri Gading, yang juga mengandungi DUN Parit Raja. Ahli Parlimen Sri Gading adalah Aminolhuda.

Najib berkata, dalam pertandingan dua penjuru antara BN dan PH kali ini, fokus utamanya bukan majoriti kemenangan sebaliknya meningkatkan jumlah sokongan rakyat kepada BN.

“Tapi bila presiden (Zahid Hamidi) kata kalau boleh mahu majoriti empat angka, insya-Allah kita usahakan,” katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, pengalaman berdepan pertandingan empat penjuru pada PRN lalu yang menyaksikannya menang tipis masih segar dalam ingatan.

Katanya, ketika itu dia menewaskan penyandang dua penggal daripada Amanah iaitu Aminolhuda selain calon PN daripada PAS dan Pejuang.

“Saya sebenarnya masih teringat ketika bertembung empat penjuru pada PRN ke-15, calon PH ketika itu penyandang dua penggal yang juga ketua Amanah Johor dan bekas exco. Calon PN pula ketua Pemuda PAS Johor dan satu lagi calon daripada Pejuang. Memang sengit ketika itu,” katanya.

Mengulas isu tempatan, Najib berkata tiada perkara besar membelenggu Parit Yaani ketika ini kerana beberapa masalah pembangunan, projek sakit dan tebatan banjir berjaya diselesaikan sejak beliau menjadi wakil rakyat.

“Malah, sejak saya mengambil alih pada 2022, kita berjaya selesaikan beberapa projek sakit dan hari ini di Parit Yaani sudah tidak ada lagi projek sakit,” katanya.

Najib berkata, beliau turut mengambil serius kekuatan jentera PH memandangkan Aminolhuda pernah menjadi calon di kawasan itu dan mempunyai pengaruh di Parlimen Seri Gading.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.