Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Mustapha Sakmud berkata papar berperingkat secara terbuka dikhuatiri boleh menimbulkan isu lain.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Mustapha Sakmud berkata papar berperingkat secara terbuka dikhuatiri boleh menimbulkan isu lain.

Papar status projek dalam talian, menteri bimbang implikasi keselamatan ‘data berperingkat’

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Mustapha SakmudMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Mustapha Sakmud berkata kerajaan dalam proses menaik taraf pangkalan data utama pelaksanaan projek persekutuan kepada sistem MyProject 2.0 yang akan dilengkapi teknologi AI.

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mempertimbangkan implikasi keselamatan ketika meneliti cadangan memaparkan status dan laporan projek pembangunan dalam talian kepada umum kerana membabitkan data berperingkat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Mustapha Sakmud, berkata walaupun kerajaan sentiasa bersikap telus dan akauntabiliti dalam memantau prestasi projek, perincian data secara terbuka dikhuatiri boleh menimbulkan isu lain.

“Kita akan ambil pertimbangan sewajarnya…dan kita lihat dari segi (kesesuaian) sebab ini juga melibatkan data berperingkat.

“Mungkin ada peringkat yang kita boleh dedahkan dan ada data terperinci yang kita akan pertimbangkan sama ada sesuai atau tidak (didedahkan),” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Willie Mongin (GPS-Puncak Borneo) yang meminta kerajaan memanfaatkan sepenuhnya platform digital bagi membolehkan rakyat dan wakil rakyat menyemak status serta punca kelewatan sesuatu projek tanpa perlu menunggu Parlimen bersidang.

Mustapha berkata, semua wakil rakyat masih boleh mendapatkan maklumat terperinci projek persekutuan dengan mengemukakan permintaan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau melalui pertanyaan di Parlimen.

Menurutnya, pemantauan telus tetap dilaksanakan secara menyeluruh, termasuk di negeri pimpinan blok pembangkang.

Beliau turut mendedahkan pangkalan data utama kerajaan, sistem MyProject, sedang dinaik taraf kepada versi MyProject 2.0.

“Yang ini (MyProject 2.0) dalam pembangunan dan akan mengambil kira teknologi sedia ada, terutama melibatkan teknologi kecerdasan buatan untuk memantau projek sakit di seluruh negara.”

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.