Hakim berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan hanya tertuduh mempunyai akses ke atas rumah tidak bernombor di Kampung Jeram Perdah, di mana dadah itu ditemuiHakim berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan hanya tertuduh mempunyai akses ke atas rumah tidak bernombor di Kampung Jeram Perdah, di mana dadah itu ditemui

Buruh bebas tuduhan edar 39kg dadah

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Mahkamah Tinggi Kota Bharu membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Amran Salleh di akhir kes pendakwaan. (Gambar Bernama)

KOTA BHARU: Seorang buruh dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi di sini atas dua pertuduhan mengedar methamphetamine seberat 39,367.27g pada 2021.

Hakim Rosli Yusoff membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Amran Salleh, 53, di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Rosli berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan hanya tertuduh mempunyai akses ke atas rumah tidak bernombor di Kampung Jeram Perdah, Pasir Mas, di mana dadah itu ditemui.

“Milikan dan kawalan akses pintu rumah terbabit tidak berkunci dan sesiapa sahaja boleh masuk, malah saksi mengesahkan rumah kosong itu dijadikan tempat transit barang salah seperti minyak masak, sebelum diseludup ke Thailand.

“Oleh demikian, mahkamah memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes, maka tertuduh dibebas dan dilepaskan tanpa perlu dipanggil membela diri.”

Mengikut pertuduhan pertama, Amran didakwa mengedar 9,740.87g methamphetamine di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Jeram Perdah pada 4.30 petang 7 Jun 2021.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, dia didakwa mengedar 2,9626.4g methamphetamine di lokasi, masa dan tarikh sama.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau jika tidak dijatuhkan hukuman mati, penjara seumur hidup serta tidak kurang 15 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur Adila Mat Zaidan, manakala tertuduh diwakili peguam Tengku Shazuan Tengku Shariffudin dan Ahmad Nizam Mohamed.

시장 기회
디센트럴랜드 로고
디센트럴랜드 가격(MANA)
$0.06148
$0.06148$0.06148
+0.37%
USD
디센트럴랜드 (MANA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.