Peringatan itu penting memandangkan ramai rakyat Kelantan mempunyai hubungan kekeluargaan, urusan perniagaan dan kerap berulang-alik ke wilayah berkenaan.Peringatan itu penting memandangkan ramai rakyat Kelantan mempunyai hubungan kekeluargaan, urusan perniagaan dan kerap berulang-alik ke wilayah berkenaan.

Rakyat Kelantan diminta peka risiko keselamatan sebelum ke selatan Thai

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
x50 bom thailandIsnin lalu Proton X50 dinaiki dua lelaki Malaysia terkena letupan bom buatan sendiri dipercayai ditanam di tepi jalan berhampiran Persimpangan Sapom, Mukim Phrai Wan, Tak Bai. (Gambar Polis Thailand)

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan yang merancang untuk melancong atau berkunjung ke selatan Thailand diminta sentiasa peka terhadap risiko keselamatan susulan insiden letupan bom yang mencederakan dua rakyat Malaysia di Tak Bai, Narathiwat, Isnin lalu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohamed Fadzli Hassan, berkata peringatan itu penting memandangkan ramai rakyat negeri ini mempunyai hubungan kekeluargaan, urusan perniagaan dan kerap berulang-alik ke wilayah berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak menghalang rakyat Kelantan mengunjungi negara jiran itu, namun mereka perlu sentiasa berhati-hati dan mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi keselamatan sebelum memulakan perjalanan.

“Kita tidak bermaksud melarang rakyat kita pergi ke Thailand kerana ramai juga rakyat kita mempunyai hubungan persaudaraan dengan rakyat di Thailand.

“Cuma, jika hendak melancong atau berkunjung ke sana, kita (perlu) mengambil sikap supaya sentiasa berhati-hati dan peka terhadap aspek keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Darulnaim, hari ini.

Dalam kejadian pada 11.41 pagi waktu tempatan pada Isnin, sebuah kenderaan Proton X50 dinaiki dua lelaki rakyat Malaysia terkena letupan bom buatan sendiri dipercayai ditanam di tepi jalan berhampiran Persimpangan Sapom, Mukim Phrai Wan, daerah Tak Bai, Wilayah Narathiwat.

Kedua-dua mangsa berusia 38 dan 45 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Narathiwat untuk menerima rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.