KSU KKM Hasnol Zam Zam Ahmad berkata kerajaan tidak akan ambil jururawat asing untuk bekerja di kemudahan kesihatan awam.KSU KKM Hasnol Zam Zam Ahmad berkata kerajaan tidak akan ambil jururawat asing untuk bekerja di kemudahan kesihatan awam.

KKM tumpu tambah tenaga tempatan atasi masalah kurang jururawat

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
jururawatMenteri Dzulkefly Ahmad pada Julai 2025 dipetik berkata kerajaan menggariskan enam langkah bagi memenuhi kekosongan 14,000 jururawat di kemudahan awam seluruh negara.

PETALING JAYA: Cadangan membawa masuk jururawat warga asing bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja itu bukan penyelesaian mudah kerana proses rumit dan membabitkan kos tinggi.

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) Hasnol Zam Zam Ahmad berkata dari segi perbelanjaan, kerajaan mungkin perlu menanggung pelbagai bayaran seperti untuk ejen yang sama seperti bagi majikan membawa masuk pembantu rumah.

“Perlu ada kerjasama antara kerajaan yang belum wujud pun, kemudian ada isu kesamarataan atau pengiktirafan kelayakan…banyak perlu dibuat,” katanya yang menekankan pendekatan itu tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Hasnol berkata demikian pada program audio siar Bicara Sihat Edisi Khas bertajuk mengupas hala tuju kesihatan negara.

Hasnol Zam Zam Ahmad fb pic 3726Hasnol Zam Zam Ahmad berkata kos tinggi menjadi kekangan untuk membawa jururawat asing. (Gambar Facebook)

Beliau mengulas sama ada KKM akan mempertimbangkan cadangan orang ramai supaya kerajaan membawa masuk jururawat asing.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad pada Julai 2025 dipetik berkata kerajaan menggariskan enam langkah bagi memenuhi kekosongan 14,000 jururawat di kemudahan awam seluruh negara.

Mengulas lanjut, Hasnol berkata KKM kini menumpukan kepada usaha memperkukuh tenaga kesihatan tempatan bagi menangani kekurangan jururawat di kemudahan kesihatan kerajaan.

Jelasnya, KKM meningkatkan kapasiti Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi melahirkan lebih ramai tenaga jururawat terlatih.

Menurut Hasnol, pembukaan empat lagi kolej menyasarkan meningkatkan pengambilan pelatih daripada kira-kira 3,000 kepada sasaran 5,000 bagi setiap kohort.

Katanya, KKM juga akan memulakan kerjasama dengan kolej kejururawatan swasta tahun depan dan menarik semula jururawat yang telah bersara atau meninggalkan perkhidmatan untuk kembali bertugas secara kontrak atau mengikut keperluan.

“Kadang-kala ada jururawat bersara awal atas sebab-sebab tertentu, sekarang dia rasa sudah stabil dan mahu kembali berkhidmat.

“Jadi kita boleh pertimbang pelantikan secara kontrak perkhidmatan (contract of service). Ini antara pilihan-pilihan yang ada,” katanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs