Bomba berkata pemandu lori itu disahkan maut selepas ditemui tersepit bawah pokok di dalam gaung sedalam 45m.Bomba berkata pemandu lori itu disahkan maut selepas ditemui tersepit bawah pokok di dalam gaung sedalam 45m.

Pemandu maut lori jatuh gaung di Gua Musang

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
kemalangan mautAnggota bomba mengeluarkan mayat mangsa selepas lori dipandunya terjunam ke dalam gaung berhampiran Jambatan Pos Blau-Lojing di Gua Musang. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 45m berhampiran Jambatan Pos Blau-Lojing di Gua Musang.

Ketua Balai Bomba Gua Musang, Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.58 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Gua Musang dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya, sejurus tiba di lokasi, pasukan itu mendapati lori berkenaan terjatuh ke dalam gaung berhampiran kawasan kebun, dan mendapati mangsa, seorang lelaki berusia lingkungan 40-an, tersepit di bawah sebatang pokok.

Beliau berkata anggota bomba menggunakan gergaji berantai untuk mengalihkan batang pokok yang menghempap mangsa sebelum berjaya mengeluarkannya.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan lapor Bernama.

Sementara itu, Ketua Gua Musang Sik Choon Foo berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan itu.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menjejaskan sensitiviti keluarga mangsa.

시장 기회
SUPERFORTUNE 로고
SUPERFORTUNE 가격(GUA)
$0.18083
$0.18083$0.18083
-9.04%
USD
SUPERFORTUNE (GUA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs