Polis mengesahkan penahanan pelakon wanita selepas serbuan di pusat hiburan di ibu negara. (Gambar fail)
PETALING JAYA: Pelakon wanita yang membintangi drama kepolisan terkenal ditahan selepas disyaki positif dadah methamphetamine.
Difahamkan, pelakon itu ditahan bersama 17 individu lain ketika serbuan di sebuah pusat hiburan di ibu negara.
Serbuan dijalankan IPD Dang Wangi, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Dang Wangi, Sazalee Adam, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
“Saya sahkan (penahanan) dan masih dalam siasatan,” katanya.


