Penganalisis berkata lonjakan pengundi boleh mengubah persaingan BN dan PH, selain beri ruang PN meraih undi protes.Penganalisis berkata lonjakan pengundi boleh mengubah persaingan BN dan PH, selain beri ruang PN meraih undi protes.

PRN Johor masih terbuka jika keluar mengundi cecah 75%, kata penganalisis

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
BN-PH FlagAhmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata peratusan mengundi rendah beri kelebihan BN manakala PH boleh beri saingan jika ramai keluar mengundi.

PETALING JAYA: Seorang penganalisis menjangkakan peratusan keluar mengundi PRN Johor boleh mencecah sehingga 75% yang menurutnya jika berlaku, pilihan raya itu masih terbuka dimenangi dua pesaing utama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Zaharuddin Sani Ahmad SabriAhmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berpandangan angka itu boleh dicapai memandangkan perjalanan orang ramai tidak lagi terhad berbanding PRN 2022 yang mana sewaktu itu negara dalam proses pemulihan dari Covid-19.

Menurutnya, beliau turut menjangkakan kepulangan ramai pengundi bekerja di Singapura pada pilihan raya esok.

Pilihan raya empat tahun lalu di Johor merekodkan peratusan keluar mengundi 54.92% yang menyaksikan BN menang 40 kerusi manakala 12 dimenangi PH, Perikatan Nasional (3) dan Muda (1).

Zaharuddin membuat anggaran baharu itu mengambil kira jumlah peratusan pengundi pada 2022 ditambah dengan anggaran 15% hingga 20% ‘undi terperangkap’ kembali mengundi dan 82% undi awal, Selasa lalu.

‘Undi terperangkap’ itu merujuk kepada jangkaan pengundi yang tidak hadir empat tahun lalu akan menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya negeri kali ini.

Penganalisis dari Global Asia Consulting itu berkata kesan lonjakan unjuran berkenaan akan mengubah peta politik secara drastik termasuk terhadap BN selaku penyandang.

“Jika peratusan keluar mengundi bawah 60% BN berada di zon selesa kerana kekuatan jentera tegar (fixed deposit) mereka.

“Namun jika melebihi 70%, kehadiran pengundi itu akan mencairkan ‘undi setia’ BN,” katanya kepada FMT.

Menurut Zaharuddin, keadaan itu mungkin memberi sedikit kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH) yang akan mendapat keuntungan kepulangan pengundi luar ke kawasan bandar serta campuran.

Awang Azman PawiAwang Azman Pawi.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya pula mengunjurkan kadar keluar mengundi sekitar 63% hingga 68%, dengan anggaran paling munasabah kira-kira 65%.

“Di bawah 60%, BN lebih selesa kerana kekuatan jentera dan pengundi tegarnya, manakala antara 63% hingga 68% persaingan menjadi lebih dinamik walaupun BN masih mempunyai kelebihan struktur.

“Jika melepasi 70%, barulah kita boleh bercakap mengenai gelombang pengundi yang lebih sukar dikawal dan mampu mengubah beberapa kerusi yang dianggap selamat,” katanya.

Menurutnya, peningkatan kadar keluar mengundi bukan sekadar membabitkan angka, sebaliknya boleh membawa puluhan ribu undi tambahan yang mampu mempengaruhi keputusan di kerusi dengan majoriti kecil atau sederhana.

Menurutnya, parti yang memperoleh kelebihan bergantung kepada kelompok pengundi yang keluar mengundi.

“Jika yang keluar ialah pengundi Melayu luar bandar dan separa bandar, BN berpotensi mendapat manfaat paling besar kerana kekuatan organisasinya di Johor.

“Jika pengundi bandar, pengundi muda, pengundi Cina dan kelompok reformis yang sebelum ini pasif keluar mengundi, PH pula boleh mendapat kelebihan di kerusi bandar dan campuran,” katanya.

Namun Zaharuddin dan Awang Azman turut berpandangan pertambahan pengundi mungkin boleh memanfaatkan PN yang boleh meraih laba berdasarkan undi protes.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0,00001665
$0,00001665$0,00001665
+11,07%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs