Menteri besar yang juga ketua pengarah pilihan raya PAS berkata sasaran itu tidak mustahil berdasarkan momentum semasa dan kelemahan parti lawan.Menteri besar yang juga ketua pengarah pilihan raya PAS berkata sasaran itu tidak mustahil berdasarkan momentum semasa dan kelemahan parti lawan.

Sanusi yakin menang 36-0 di Kedah

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Sanusi Nor berucap pada pelancaran jentera pilihan raya PAS Kedah malam tadi. (Gambar Facebook Pas Kedah)

PETALING JAYA: Menteri Besar Sanusi Nor yakin Perikatan Nasional (PN) mampu mencipta kemenangan besar 36-0 di Kedah sebagaimana dicapai PAS di Terengganu pada pilihan raya lalu.

Katanya, sasaran itu tidak mustahil berdasarkan momentum semasa dan kelemahan parti lawan yang didakwanya semakin berpecah serta hilang sokongan rakyat.

“33 kerusi ada sekarang. Lawan semua kerusi, menang semua kerusi. Itu telah dibuktikan. 36-0 macam Terengganu bukan mustahil,” katanya ketika berucap pada pelancaran jentera pilihan raya PAS Kedah, malam tadi.

Pada PRN lalu, PN menang 33 daripada 36 DUN Kedah dengan PAS memperoleh 21 kerusi, Bersatu (11) dan Gerakan (1).

Manakala Pakatan Harapan (PH) menang tiga DUN iaitu Kota Darulaman, Bakar Arang dan Sidam manakala Barisan Nasional (BN) kalah semua kerusi ditandingi.

Gabungan PAS dan Bersatu yang bertanding menggunakan logo ‘bulan’ membentuk kerajaan di Terengganu selepas menyapu bersih 32 kerusi pada PRN 2023.

Sementara itu, Sanusi yang juga ketua pengarah pilihan raya PAS mendakwa DAP berdepan penolakan rakyat sehingga berkemungkinan hilang pengaruh sepenuhnya seperti di Sabah.

“Pergerakan dan pendirian DAP, boleh jadi kosong di Sabah. Tidak mustahil DAP akan hilang sama sekali di Kedah,” katanya.

Beliau juga menyasarkan PN merampas dua lagi DUN iaitu Sidam dan Bakar Arang, sambil mendakwa PKR kini lemah akibat perebutan kuasa dalaman.

“PKR sedang lemah, berpecah, berebut kuasa, mabuk kemewahan. Kita akan rampas dua kerusi di Sidam dan Bakar Arang,” katanya.

Katanya, kestabilan pentadbiran PAS di Kedah menjadi bukti parti itu mampu membawa suasana aman dan harmoni kepada rakyat.

Sanusi turut mencadangkan PRU dan PRN di Kedah diadakan serentak, dengan tempoh matang DUN hanya berakhir pada November 2028 manakala penggal Parlimen dijangka tamat November 2027.

“Saya cadang pilihan raya serentak DUN dan Parlimen. Kalau bubar awal, kami tak bubar pun tak apa,” katanya.

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0.06055
$0.06055$0.06055
+0.86%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage