Namun Hisommudin Bakar dari Ilham Centre berkata perebutan kuasa mengawal jenama dan hala tuju PN adalah isu lebih mendesak yang mesti dimuktamad.Namun Hisommudin Bakar dari Ilham Centre berkata perebutan kuasa mengawal jenama dan hala tuju PN adalah isu lebih mendesak yang mesti dimuktamad.

Penganalisis ramal PAS bergabung dengan Hamzah, parti Muslim kecil

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
hadi awang n hamzah zainudinPAS pimpinan Hadi Awang dilihat lebih selesa bekerjasama dengan bekas timbalan presiden Bersatu Hamzah Zainudin pada PRN akan datang berbanding terburu-buru membentuk pakatan besar baharu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Dengan Umno menutup pintu menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) bersama PAS, seorang penganalisis meramalkan parti itu akan beralih kepada kumpulan Hamzah Zainudin dan parti kecil berasaskan Muslim untuk menyelamatkan agenda ‘penyatuan ummah’.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, walaupun PAS menamatkan kerjasama politiknya dengan Bersatu, komponen Perikatan Nasional (PN), Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) kemungkinan besar kekal bersama parti diketuai Muhyiddin Yassin itu.

PAS pula dijangka menjalin hubungan dengan gerakan Reset pimpinan bekas timbalan presiden Bersatu Hamzah Zainudin sebagai persediaan menghadapi PRU16.

“PAS tidak mempunyai pilihan lain selain bersama Reset. Parti Melayu kecil lain seperti Berjasa, Putra, dan Pejuang boleh menyertai PAS memandangkan naratif Melayu-Muslim parti berkenaan selaras perjuangan mereka,” katanya kepada FMT.

PAS bertanding pada PRU 2018 sebagai sebahagian Gagasan Sejahtera, pakatan tidak rasmi berasaskan Muslim yang turut dianggotai Berjasa dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia.

Berjasa, Putra, dan Pejuang sedia ada menjadi sebahagian pakatan longgar Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) dimulakan Muhyiddin tahun lalu.

Cabaran terbesar PAS

Hisommudin Bakar dari Ilham Centre berkata, cabaran terbesar PAS ketika ini adalah menyelesaikan kedudukannya dalam PN selepas memutuskan hubungan politik dengan Bersatu.

“Perkembangan terbaru menunjukkan PAS dan Bersatu kini sedang bersaing mengenai siapa yang memegang keabsahan politik ke atas jenama PN serta hala tuju masa depannya.

“Nampaknya, Bersatu enggan beralah atau melepaskan pengaruhnya dalam pakatan itu. Jadi, isu ini berkemungkinan besar perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum PAS boleh bergerak ke arah membentuk pakatan politik baharu.”

Dalam masa terdekat, beliau berkata PAS merasakan lebih selesa bekerjasama dengan kumpulan bekas pemimpin Bersatu bawah Hamzah, berbanding terburu-buru membentuk pakatan besar baharu.

Katanya, hubungan antara PAS dan kem Hamzah itu kemudian boleh berfungsi sebagai asas kepada pembentukan blok politik Melayu-Muslim yang lebih teratur.

“Hanya apabila landskap ‘pasca Bersatu’ menjadi lebih jelas, barulah PAS akan berada pada kedudukan menilai pilihan kerjasama lebih luas,” katanya.

Hisommudin percaya parti seperti Pejuang, Berjasa, dan Putra berkemungkinan besar tidak bekerjasama dengan PAS buat masa ini memandangkan mereka bukan penggerak utama dalam penubuhan IPR.

“Hubungan organisasi dan politiknya dengan kumpulan ini masih belum cukup kuat untuk membolehkan pembentukan segera sebuah pakatan baharu.”

Isnin lalu PAS menamatkan kerjasama politiknya dengan Bersatu dan menyatakan ia akan meneroka jajaran baharu bagi menghadapi pilihan raya akan datang demi ‘penyatuan ummah’.

Perkembangan itu mencetuskan spekulasi kemungkinan PAS dan Umno menghidupkan semula pakatan mereka yang telah terkubur, namun Presiden Zahid Hamidi berkata partinya tidak mempunyai niat sedemikian dengan Umno sudah ‘menutup pintu’ mengenainya.

PAS-Bersatu pecah untungkan BN?

Mazlan berkata, perpecahan PAS dan Bersatu memberi kelebihan kepada BN pada PRU16 memandangkan pergeseran keduanya-duanya akan memecahkan pengundi Melayu yang menyokong pembangkang.

“BN akan lebih mampu berdepan cabaran PAS dalam situasi sebegini,” katanya, sambil merujuk pencapaian PAS yang meraih 43 kerusi pada PRU 2022 ketika bertanding bersama Bersatu, berbanding Umno yang hanya menang 26 kerusi.

Namun, Hisommudin berkata masih terlalu awal menilai bagaimana prestasi solo BN apabila berdepan pakatan diterajui PAS pada PRU16, mengambil kira banyak lagi pemboleh ubah utama.

Katanya, ini termasuk jajaran politik baharu PAS, kekuatan organisasinya, serta kesediaan pengundi Melayu menerima konfigurasi politik baharu.

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0.06075
$0.06075$0.06075
+1.19%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage