Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata dua anggota Malbatt yang cedera itu kini stabil selepas menerima rawatan.Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata dua anggota Malbatt yang cedera itu kini stabil selepas menerima rawatan.

Malbatt diarah tingkat keselamatan selepas 2 anggota cedera ringan di Lubnan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Khaled NordinMenteri Pertahanan Khaled Nordin berkata kecederaan dua anggota pengaman Malaysia berpunca daripada serpihan bom yang jatuh berhampiran lokasi mereka, bukannya akibat serangan secara langsung. (Gambar Bernama)

KOTA TINGGI: Kementerian Pertahanan mengarahkan anggota Batalion Malaysia (Malbatt) 850-13 meningkatkan langkah keselamatan dan sentiasa berwaspada susulan situasi keselamatan semakin mencabar di zon konflik peperangan di Lubnan.

Menteri Pertahanan, Khaled Nordin, berkata langkah itu penting bagi memastikan keselamatan anggota pengaman negara yang kini bertugas di kawasan konflik sentiasa terjamin.

“Kita (kementerian) telah memberikan panduan bahawa ancaman dan cabaran sebegini memang boleh berlaku, dan kita menasihati pasukan mengambil tindakan berjaga-jaga,” katanya selepas merasmikan Program Jiwa Murni Madani Kementerian Pertahanan di Sekolah Kebangsaan Johor Kampong, di sini.

Mengulas serangan udara di kawasan berhampiran Haris, selatan Lubnan Khamis lalu, Khaled berkata, kecederaan dua anggota pengaman Malaysia berpunca daripada serpihan bom yang jatuh berhampiran lokasi anggota terbabit, bukannya akibat serangan secara langsung.

“Semua anggota yang cedera telah menerima rawatan daripada pasukan perubatan bertugas di sana dan keadaan mereka stabil.”

Sementara itu, Khaled berkata, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sedang menilai semula kedudukan pasukan pengaman di Lubnan susulan mandat misi Pasukan Interim PBB di Lubnan (Unifil) dijadualkan tamat Disember ini.

Beliau berkata, perancangan semasa kerajaan ialah membawa pulang semua anggota Malbatt pada akhir tahun ini.

“Bagaimanapun, sekiranya PBB memutuskan kehadiran pasukan pengaman masih perlu diteruskan bagi mengelakkan Lubnan menjadi padang jarak padang tekukur, Malaysia bersedia mempertimbangkan kerjasama tersebut.”

Beliau turut menyuarakan rasa syukur kerana setakat ini tiada sebarang insiden kehilangan nyawa membabitkan anggota Malaysia, berbeza dengan situasi yang menimpa beberapa pasukan pengaman negara lain di kawasan konflik berkenaan.

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage