Memorandum mendesak kerajaan bertindak diterima daripada aktivis Neow Choo Seong selepas menamatkan larian solo hampir 300km dari Taiping ke Parlimen.Memorandum mendesak kerajaan bertindak diterima daripada aktivis Neow Choo Seong selepas menamatkan larian solo hampir 300km dari Taiping ke Parlimen.

Presiden MCA janji bawa isu Dara, Amoi, Kelat ke Dewan Rakyat

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Neow Choo Seong Wee Ka SiongWee Ka Siong menerima memorandum dan berjanji untuk membawa isu DAK ke Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Wee Ka Siong hari ini berjanji membantu membawa isu kebajikan tiga gajah Malaysia, Dara, Amoi dan Kelat (DAK) ke Dewan Rakyat.

“Saya berjanji membantu perkara ini dibawa ke Parlimen,” kata yang juga wakil rakyat Ayer Hitam ketika menerima memorandum daripada aktivis, Neow Choo Seong di pekarangan bangunan Parlimen.

Memorandum itu diserahkan bagi mendesak kerajaan campur tangan membawa pulang DAK yang kini ditempatkan di Zoo Tennoji, Jepun, susulan dakwaan pelbagai pihak mengenai isu kebajikan yang dihadapi tiga gajah berkenaan.

Sejak beberapa bulan lalu, pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), aktivis dan rakyat Malaysia menggesa DAK dibawa pulang dengan alasan kebajikan haiwan terbabit dikhuatiri tidak terjamin di zoo tersebut.

Atas dasar tanggungjawab, Neow yang juga ketua penerangan Pemuda MCA, memulakan larian solo sejauh hampir 300 kilometer dari Taiping, Perak pada 17 Jun sebelum menamatkannya di Parlimen hari ini.

Walaupun mengalami kecederaan pada lutut kanan sehingga terpaksa menerima dua suntikan penahan sakit sepanjang perjalanan, beliau tetap meneruskan larian bagi memastikan memorandum itu dapat diserahkan kepada wakil rakyat.

neowStesen Radio Hot FM turut memberi sokongan atas usaha kecil Neow untuk membawa pulang DAK.

“Kita mahukan suara ini bukan sahaja berada di luar, tetapi juga di dalam bangunan Dewan Rakyat.

“Dara, Amoi dan Kelat bukan sekadar haiwan liar, tetapi mereka sebahagian daripada ekosistem negara kita,” katanya.

FMT sebelum ini melaporkan Neow cuba menyerahkan memorandum sama kepada pihak Zoo Taiping, namun ia tidak diterima, memaksa pencinta gajah itu memulakan misi larian solo.

Beliau turut meluahkan rasa terharu dengan sokongan orang ramai sepanjang misi itu.

“Ramai tampil berlari bersama di beberapa lokasi persinggahan, sekali gus membakar semangat untuk menamatkan cabaran,” katanya.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order