Maszlee Malik akan bertanding di kerusi Puteri Wangsa, manakala Onn Abu Bakar di Senggarang.Maszlee Malik akan bertanding di kerusi Puteri Wangsa, manakala Onn Abu Bakar di Senggarang.

PH umum Maszlee, Ahli Parlimen Batu Pahat calon PRN Johor

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Pengerusi PH Anwar Ibrahim umum barisan 56 calon gabungan itu untuk PRN Johor malam ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) malam ini mengumumkan barisan calonnya bagi PRN Johor bulan depan, antaranya menampilkan bekas menteri pendidikan Maszlee Malik, Ahli Parlimen Batu Pahat Onn Abu Bakar dan Ketua Pemuda PKR Johor Faezuddin Puad.

Maszlee akan bertanding di kerusi Puteri Wangsa, manakala Onn dinamakan sebagai calon di Senggarang dan Faezuddin akan bertanding di Kempas.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat (Amanah) akan bertanding di Larkin.

Barisan calon diumumkan oleh Pengerusi PH Anwar Ibrahim pada majlis yang turut dihadiri Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook.

Dalam ucapannya, Loke berkata, kejayaan gabungan itu di Johor penting untuk kestabilan kerajaan persekutuan.

“Jika kita mahu Anwar terus jadi perdana menteri, PH perlu menang di Johor,” katanya menambah, ekonomi negeri itu berkembang sebahagiannya hasil usaha kerajaan persekutuan.

Dilaporkan sebelum ini bahawa PKR akan meletakkan calon di 20 kerusi pada PRN Johor, DAP 17 kerusi dan Amanah 19.

Bulan lepas, PH berkata ia akan bertanding 56 kerusi pada PRN tersebut, sebagai respons terhadap keputusan Barisan Nasional untuk juga meletakkan calon di setiap kerusi.

PRN Johor dijadualkan berlangsung pada 11 Julai, dengan penamaan calon pada 27 Jun. Undian awal akan dijalankan pada 7 Julai.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order