Menteri dalam negeri berkata langkah itu diputuskan selepas surat dikemukakan kepada perdana menteri berhubung keperluan mendesak memperkukuh aspek pertahanan asetMenteri dalam negeri berkata langkah itu diputuskan selepas surat dikemukakan kepada perdana menteri berhubung keperluan mendesak memperkukuh aspek pertahanan aset

Putrajaya lulus RM22 juta untuk senjata AKPS

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
akps tembakProton X70 dipandu Komander AKPS Bukit Kayu Hitam Mohd Nasaruddin M Nasir ditembak di susur masuk Masjid Muhajirin kira-kira 1km dari sempadan Malaysia-Thailand, Februari lalu. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Putrajaya meluluskan peruntukan serta-merta RM22 juta bagi melengkapkan anggota Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dengan senjata api, susulan insiden tembakan kereta komandernya di Bukit Kayu Hitam, Februari lalu.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata langkah itu diputuskan selepas beliau mengemukakan surat kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung keperluan mendesak bagi memperkukuh aspek pertahanan aset agensi berkenaan.

Katanya, walaupun sebahagian komponen AKPS terdiri agensi awam yang tidak mempunyai kemahiran asas persenjataan, kelulusan dana itu akan disesuaikan mengikut merit tugasan mereka di sempadan negara.

“Perdana menteri telah pun memberi kelulusan serta-merta dengan peruntukan RM22 juta untuk keperluan melengkapkan AKPS dengan senjataan yang difikirkan sesuai dengan tugasan mereka,” katanya di Dewan Rakyat.

Dalam kejadian pada pagi 25 Feb, Proton X70 dipandu Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Mohd Nasaruddin M Nasir ditembak di susur masuk Masjid Muhajirin, kira-kira 1km dari sempadan Malaysia-Thailand.

Suspek yang menaiki motosikal dipercayai melepaskan dua das tembakan menggunakan senjata separa automatik ke arah kenderaan mangsa.

Susulan kejadian itu, polis menahan sembilan individu, termasuk seorang wanita warga Thailand berusia antara 22 hingga 52 tahun dalam beberapa serbuan di Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar, Perlis.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin turut memberi jaminan tegas pengoperasian AKPS tidak akan sesekali menghakis kuasa perlembagaan atau hak istimewa imigresen Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, sebelum rang undang-undang itu dibentangkan, siri libat urus khusus diadakan bersama kedua-dua kerajaan negeri bagi memberikan jaminan operasi yang jelas.

“Pelaksanaan akta ini tidak menghakis sebarang kuasa kerajaan negeri termasuk hak istimewa Sabah dan Sarawak.

“Malah, pengoperasian agensi ini hanya melibatkan agensi persekutuan tanpa menyentuh aspek perjawatan, sumber manusia negeri, mahupun mengambil hasil kutipan di pintu masuk Borneo,” katanya.

Beliau turut memberikan contoh di bawah Seksyen 6(3), di mana kuasa imigresen negeri seperti sekatan kemasukan oleh Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor kekal tidak berubah dan dilaksanakan melalui susunan sedia ada.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order