Polis lancar siasatan selepas terima dua laporan daripada keluarga warga emas berkenaan.Polis lancar siasatan selepas terima dua laporan daripada keluarga warga emas berkenaan.

Polis siasat dakwaan kecederaan di pusat jagaan warga emas

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Hanyan RamlanKetua Polis Kuala Muda, Hanyan Ramlan, umum siasatan ke atas dakwaan kecederaan babit dua warga emas. (Gambar Facebook)

SUNGAI PETANI: Polis membuka dua kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan kecederaan membabitkan dua warga emas yang ditempatkan di sebuah pusat jagaan warga emas.

Ketua Polis Kuala Muda, Hanyan Ramlan, berkata polis menerima dua laporan daripada keluarga warga emas berkenaan, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan.

“Satu kertas siasatan sudah dirujuk kepada timbalan pendakwa raya, manakala satu lagi masih dalam siasatan.

“Polis sedang mengumpul keterangan dan bukti bagi mengenal pasti kejadian sebenar,” katanya.

Terdahulu, ahli keluarga seorang warga emas terbabit yang enggan dikenali mendakwa ibunya berusia 76 tahun dihantar ke pusat jagaan tersebut sejak Disember tahun lepas. Difahamkan, sehari kemudian pihak pengurusan memaklumkan bahawa wanita yang menghidap demensia itu terjatuh dari katil.

Mangsa juga didakwa mempunyai kesan lebam selain terdapat kecederaan pada badan, malah ahli keluarganya dikatakan pernah melihat kaki dan tangan mangsa diikat pada palang katil besi sewaktu datang melawat.

Sementara itu, seorang warga emas lelaki berusia 69 tahun yang ditempatkan di pusat jagaan sama sejak September 2024, didakwa mengalami nasib serupa.

Pengusaha pusat jagaan tersebut menafikan berlakunya penderaan terhadap penghuni.

Pengusaha itu berkata pihaknya akan memaklumkan kepada ahli keluarga dengan segera sekiranya berlaku kecederaan, manakala berhubung dakwaan mangsa diikat, tindakan itu untuk keselamatan dan hanya dilakukan selepas mendapat persetujuan daripada keluarga.

Market Opportunity
Star Atlas DAO Logo
Star Atlas DAO Price(POLIS)
$0.00945
$0.00945$0.00945
-3.86%
USD
Star Atlas DAO (POLIS) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order