Menteri kewangan II berkata inisiatif yang bermula 1 Julai dijangka jimat perbelanjaan subsidi sehingga RM2 bilion setahun.Menteri kewangan II berkata inisiatif yang bermula 1 Julai dijangka jimat perbelanjaan subsidi sehingga RM2 bilion setahun.

BUDI Diesel tutup ruang ketirisan, penyeludupan, kata menteri

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
diesel pumpMenteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata jurang harga ketara antara diesel bersubsidi di Sabah dan Sarawak dengan harga pasaran meningkatkan aktiviti penyeludupan selain tiris kepada bukan warganegara yang tidak sepatutnya menikmati subsidi. (Gambar EPA Images)

PETALING JAYA: Penyasaran subsidi diesel seragam menggunakan mekanisme berasaskan MyKad yang dikenali sebagai BUDI Madani Diesel (BUDI Diesel) bermula Julai ini bertujuan untuk menutup ruang berlakunya ketirisan dan aktiviti penyeludupan.

Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata jurang harga ketara antara harga diesel bersubsidi di Sabah dan Sarawak dengan harga pasaran meningkatkan aktiviti penyeludupan selain tiris kepada bukan warganegara yang tidak sepatutnya menikmati subsidi.

Amir Hamzah Azizan.

Katanya, kejayaan BUDI95 yang diterima rakyat membuktikan kaedah pengesahan kelayakan subsidi bahan api melalui MyKad adalah efisien dan berkesan, justeru kerajaan melanjutkan pelaksanaan BUDI Madani kepada diesel.

“Sebagai petunjuk jelas, jumlah diesel yang terjual di stesen minyak Sabah dan Sarawak pada Mac dan April 2026 telah mencecah 200 juta liter sebulan, ia dianggarkan dua kali ganda lebih tinggi berbanding tahap yang sepatutnya berdasarkan bilangan kenderaan diesel berdaftar.

“Penetapan harga runcit pada tahap tanpa subsidi di seluruh negara akan membantu menutup ketirisan ini,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat menjawab pertanyaan Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam).

Hasni meminta menteri kewangan menjelaskan rasional pengumuman kerajaan yang menyeragamkan pelaksanaan penyasaran subsidi bahan api dengan diesel kini turut menggunakan MyKad dan apakah kelayakan 200 liter bagi kedua-dua bahan api mencukupi untuk kegunaan rakyat.

Kementerian Kewangan pada Ahad lalu, mengumumkan harga diesel bersubsidi di seluruh negara turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai.

Dalam kenyataan, Kementerian Kewangan berkata penurunan harga itu akan dilaksanakan menerusi pembaharuan penyasaran subsidi diesel yang seragam di seluruh negara menggunakan mekanisme berasaskan MyKad, selaras pendekatan dilaksanakan melalui BUDI Madani RON95 (BUDI95).

Ketika ini, diesel dijual pada harga bersubsidi RM2.15 seliter di semua stesen minyak Sabah dan Sarawak, berbanding harga diesel tanpa subsidi RM4.37 seliter di Semenanjung.

Amir berkata pembaharuan ini dijangka menjimatkan perbelanjaan subsidi sehingga RM2 bilion setahun, yang memberi peluang kepada kerajaan untuk mengagihkan sebahagian penjimatan untuk menurunkan harga diesel bersubsidi.

Mengenai kelayakan BUDI Madani sebanyak 200 liter, Amir berkata berdasarkan data penggunaan sebenar BUDI95 antara Oktober 2025 sehingga Mei 2026, kurang daripada 1% pengguna BUDI95 menggunakan lebih daripada 200 liter RON95 secara konsisten.

Katanya, merujuk data penggunaan diesel oleh statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pula, lebih 80% pengguna mencatat penggunaan di bawah paras 200 liter sebulan, dengan purata penggunaan sekitar 140 liter sebulan.

“Bagaimanapun, mengambil kira majoriti kenderaan diesel rakyat ialah jenis jip atau pikap, kerana menjadi pengangkutan utama barangan untuk peniaga kecil dan kenderaan penumpang di pedalaman, kerajaan menyediakan kelayakan tambahan 100 liter lagi yang boleh dipohon.

“Berdasarkan data DOSM, 95% pengguna diesel menggunakan kurang 300 liter sebulan dan dengan itu, jumlah kelayakan 300 liter sebulan mencukupi untuk rakyat terbanyak,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0,0000253
$0,0000253$0,0000253
-3,13%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order