Adun Jitra berkata pertuduhan di mahkamah tidak akan menghalangnya daripada terus perjuang hak anak keluarga B40 dan M40 mendapat peluang ke universiti awam.Adun Jitra berkata pertuduhan di mahkamah tidak akan menghalangnya daripada terus perjuang hak anak keluarga B40 dan M40 mendapat peluang ke universiti awam.

Saya takkan berundur perjuang isu pendidikan tinggi, kata Haim

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Adun Jitra Haim Hilman Abdullah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban fb pic 25626Adun Jitra Haim Hilman Abdullah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban, hari ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Exco Kedah Haim Hilman Abdullah menegaskan tidak akan berundur daripada memperjuangkan isu akses pendidikan tinggi walaupun didakwa di Mahkamah Majistret Seremban, hari ini.

Adun Jitra berkata, beliau didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berhubung kenyataan dibangkitkannya mengenai akses kepada pendidikan tinggi, yang menurutnya dibuat demi mempertahankan hak anak Malaysia khususnya keluarga B40 dan M40.

Haim didakwa mengeluarkan kenyataan itu antara 8 malam hingga 12 tengah malam di Markas PAS Seremban pada 13 Jun lalu, dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan menimbulkan kebimbangan awam dengan mengeluarkan kenyataan berkait proses kemasukan pelajar ke universiti awam.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM5,000 tanpa syarat tambahan, dengan sebutan semula kes pada 30 Julai.

“Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada proses perundangan dan akan mengemukakan fakta, data serta dokumen berkaitan melalui saluran mahkamah.

“Apa yang saya bangkitkan bukan demi kepentingan peribadi, tetapi demi hak anak-anak Malaysia untuk mendapat peluang pendidikan tinggi yang adil,” kata Haim dalam kenyataan.

Haim berkata, beliau tetap akan bersuara mengenai isu tersebut kerana percaya ia mempunyai asas kukuh yang perlu dinilai berdasarkan fakta, data dan prinsip keadilan.

Katanya, tindakan mahkamah terhadapnya tidak seberat melihat ribuan anak daripada keluarga miskin terus dinafikan peluang melanjutkan pengajian ke universiti awam.

Beliau turut mendakwa, pertuduhan dihadapinya membuka ruang untuk lebih banyak isu berkaitan pendidikan tinggi diketengahkan.

“Saya telah meneliti laporan tahunan hampir 20 universiti awam dari 2018 hingga kini dan akan terus membangkitkan perkara yang dianggap penting bagi memastikan sistem pendidikan tinggi negara lebih berkualiti, adil dan berpaksikan kepentingan rakyat,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002633
$0.00002633$0.00002633
+2.05%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order