Abd Mutalip Abd Rahim umum menyertai Bersatu sambil persoal pencalonan Chua Juan Boon.Abd Mutalip Abd Rahim umum menyertai Bersatu sambil persoal pencalonan Chua Juan Boon.

Penyandang DUN Layang-Layang keluar Umno, tak puas hati kerusi diserah pada MCA

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Penyandang DUN Layang-Layang, Abd Mutalip Abd Rahim screengrab 25626Penyandang DUN Layang-Layang, Abd Mutalip Abd Rahim mendakwa majoriti pengundi yang mahu beliau kekal sebagai calon di kerusi itu pada PRN Johor.

PETALING JAYA: Keputusan Barisan Nasional (BN) Johor mencalonkan wakil MCA di DUN Layang-Layang menjurus penyandang kawasan itu, Abd Mutalip Abd Rahim memutuskan keluar Umno lalu menyertai Bersatu.

Abd Mutalip mendakwa, keputusan itu dibuat pihaknya susulan menerima sokongan majoriti pengundi yang mahu beliau kekal sebagai calon di kerusi itu pada PRN Johor.

“Saya sudah tidak mahu menjadi calon di Layang-Layang, tetapi di kerusi berkenaan yang mana pengundinya hampir 60% masyarakat Melayu bertanya mengapa calon BN daripada bukan Melayu.

“Jadi atas rasa tanggungjawab demi agama, bangsa, dan juga pengundi yang mahu saya sekali lagi menjadi calon, saya ambil keputusan ini,” katanya menurut Utusan Malaysia di Muar.

Semalam, dalam pengumuman calon BN menjelang PRN Johor, wakil MCA Chua Juan Boon dinamakan sebagai calon di DUN Layang-Layang.

Pada PRN Johor lalu, Abd Mutalip menang dengan majoriti 2,815 undi, menumbangkan calon PKR Maszlee Malik, calon Perikatan Nasional (PN) Alagenthiran Krishnan, dan calon Pejuang, Ahmad Shafiq Othman.

Dalam pada itu, Abd Mutalip berkata sebelum pengumuman calon BN, beliau ada mendapat khabar angin kerusi Layang-Layang akan diberikan kepada calon bukan Melayu.

“Saya tiada isu dengan Ketua Umno Simpang Renggam Onn Hafiz Ghazi. Kami semua berkawan, tiada paksaan tiada rasa benci. Parti politik hanyalah platform untuk berkhidmat.

“Kita bukan mahu tunjuk siapa yang baik, tetapi kita akan berusaha lakukan yang terbaik untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat dengan semangat Maal Hijrah, jadi kita berhijrah kalau ada yang lebih baik.”

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order