Rampasan itu dilakukan menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan dalam operasi di Kampung Repek, Pasir Mas.Rampasan itu dilakukan menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan dalam operasi di Kampung Repek, Pasir Mas.

PGA rampas kayu hutan bernilai RM107,000, pemandu motolori ditahan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Menurut Komander Briged Tenggara PGA Ahmad Radzi Hussain, suspek lelaki tempatan yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 84 Akta Perhutanan Negara 1984 selepas gagal gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan permit pemindahan kayu. (Gambar Bernama)

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 70 batang kayu hutan dan sebuah lori bernilai keseluruhan RM107,000 dalam operasi di Kampung Repek, Pasir Mas, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, Ahmad Radzi Hussain, berkata rampasan itu dilakukan menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan yang dijalankan anggota Strike Force Kompeni B Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Tanah Merah.

Beliau berkata dalam operasi kira-kira 6.45 petang itu, pasukan berkenaan menahan sebuah motolori jenis Hino berwarna hijau yang berada dalam keadaan mencurigakan ketika rondaan di kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan pada bahagian muatan belakang kenderaan menemukan 70 batang kayu hutan dipercayai diangkut tanpa permit atau dokumen sah daripada pihak berkuasa berkaitan.

“Pemandu kenderaan gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan permit pemindahan kayu kepada anggota bertugas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 84 Akta Perhutanan Negara 1984.

“Siasatan awal mendapati suspek mendakwa mengambil kayu berkenaan dari kawasan kebun di Kampung Tok Rusa, Meranti sebelum dihantar ke sebuah kilang kayu di sekitar Pusu 40, Pasir Mas dengan upah RM40 bagi setiap perjalanan.

“Kes dan barang rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Jajahan Tanah Merah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Market Opportunity
Massa Logo
Massa Price(MAS)
$0.00333
$0.00333$0.00333
0.00%
USD
Massa (MAS) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order