Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan tetap prosiding akan bersambung pada 13 hingga 17 Julai.Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan tetap prosiding akan bersambung pada 13 hingga 17 Julai.

Inkues Zara ditangguh, disambung semula bulan depan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
zara qairinaProsiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir sudah masuk hari ke-78 dan setakat ini telah dengar keterangan daripada 75 saksi, termasuk kanak-kanak. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Inkues kematian Zara Qairina Mahathir ditangguhkan hari ini dan akan disambung semula bulan depan dengan mendengar keterangan saksi seterusnya.

Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan sebelum ini menetapkan prosiding akan bersambung pada 13 hingga 17 Julai.

Sebelum itu, peguam Shahlan Jufri memberitahu mahkamah, pihaknya akan memanggil pakar psikologi klinikal kanak-kanak Dr Noor Aishah Rosli untuk memberikan keterangan pada sesi itu.

“Bagi prosiding bulan depan, pihak kami akan memanggil Noor Aishah terlebih dahulu dan bukannya Dr Wong Haw Huo kerana beliau tidak dapat hadir pada sesi tersebut.

“(Wong) akan dipanggil pada Ogos,” katanya, lapor Sinar Harian.

Shahlan berkata, pihaknya menjangkakan keterangan Dr Noor Aishah akan mengambil masa memandangkan laporan yang disediakannya melebihi 400 muka surat.

Prosiding sepanjang minggu itu dijangka dikhaskan bagi mendengar keterangan Dr Noor Aishah, tambahnya.

Shahlan bersama rakan sepasukannya, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James, hadir sebagai pihak berkepentingan mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat.

Prosiding inkues sudah masuk hari ke-78 dan setakat ini telah mendengar keterangan daripada 75 saksi, termasuk kanak-kanak.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai 2025, sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri pada awal pagi di longkang berhampiran asrama sekolahnya.

Pada 13 Ogos 2025, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan polis

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order