JPA berkata, aturan HBH akan jadi ‘norma baharu’ bagi perkhidmatan awam, ganti ketetapan BDR sebelum ini.
PETALING JAYA: Penjawat awam akan dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) dua hari seminggu bermula 1 Ogos, di bawah aturan kerja hibrid baharu.
Dalam kenyataan hari ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata, Jemaah Menteri telah meluluskan pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH), yang mewajibkan tiga hari bekerja di pejabat dan membenarkan dua hari bekerja di rumah atau lokasi alternatif yang diluluskan oleh ketua jabatan setiap minggu.
JPA berkata, aturan itu akan menjadi ‘norma baharu’ bagi perkhidmatan awam, menggantikan ketetapan BDR sebelum ini yang diperkenalkan semasa tempoh konflik Timur Tengah.
Di bawah skim tersebut, penjawat awam di kebanyakan negeri diwajibkan hadir ke pejabat pada Isnin dan Jumaat, manakala bagi negeri yang cuti hujung minggunya jatuh pada Jumaat, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, hari wajib hadir ke pejabat adalah pada Ahad dan Khamis.
BERITA LANJUT MENYUSUL


