Selepas proses penamaan calon selesai, PH dan BN disahkan bertembung di semua 56 kerusi pada PRN Johor.
PETALING JAYA: Saingan sengit dijangka pada PRN Johor kali ini walaupun jumlah calon berkurangan kepada 172 orang, berbanding 239 calon pada pilihan raya negeri empat tahun lalu.
Pertembungan itu menyaksikan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) berdepan di semua 56 DUN, ketika Perikatan Nasional (PN) turut tampil mencabar di 33 DUN.
Pesta demokrasi di Johor itu turut dimeriahkan dengan penyertaan Parti Bersama Malaysia (Bersama), Muda dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) serta calon bebas.
Walaupun jumlah calon lebih kecil, persaingan dijangka tetap menarik dengan beberapa kerusi menyaksikan pertembungan tiga, empat dan lima penjuru melibatkan parti kecil serta calon bebas.
Antara kerusi tumpuan ialah Bukit Kepong, Machap, Simpang Jeram, Mahkota, Puteri Wangsa, Skudai, Kota Iskandar dan Bukit Batu, yang sebelum ini mencatat persaingan sengit atau melibatkan tokoh politik utama negeri.
Di Machap, Ketua Umno Johor Onn Hafiz Ghazi dalam misi mempertahankan kerusi terbabit, begitu juga dengan Ketua Bersatu Johor Dr Shahruddin Jamal di Bukit Kepong.
Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik yang mewakili Pakatan Harapan pula akan berusaha merampas kerusi Puteri Wangsa.
Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 2,727,926 pengundi berdaftar terdiri daripada 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera dan pasangan serta 12,710 anggota polis dan pasangan.
PRN Johor akan diadakan pada 11 Jul depan dengan undi awal empat hari sebelumnya.
Senarai penuh calon PRN Johor 2026 adalah seperti berikut:
N1. Buloh Kasap
PRN 2022: Zahari Sarip (BN) – 8,956 undi, majoriti 5,377
N2. Jementah
PRN 2022: Ng Kor Sim (PH) – 8,877 undi, majoriti 714
N3. Pemanis
PRN 2022: Anuar Abdul Manap (BN) – 8,678 undi, majoriti 4,187
N4. Kemelah
PRN 2022: N Saraswati (BN) – 7,518 undi, majoriti 1,611
N5. Tenang
PRN 2022: Haslinda Salleh (BN) – 5,380 undi, majoriti 1,736
N6. Bekok
PRN 2022: Tan Chong (BN) – 7,036 undi, majoriti 3,569
N7. Bukit Kepong
PRN 2022: Dr Sahruddin Jamal (PN) – 9,873 undi, majoriti 710
N8. Bukit Pasir
PRN 2022: Fazli Salleh (BN) – 6,048 undi, majoriti 198
N9. Gambir
PRN 2022: Sahrihan Jani (BN) – 7,960 undi, majoriti 3,146
N10. Tangkak
PRN 2022: Ee Chin Li (PH) – 8,105 undi, majoriti 372
N11. Serom
PRN 2022: Khairin-Nisa Ismail (BN) – 8,507 undi, majoriti 699
N12. Bentayan
PRN 2022: Ng Yak Howe (PH) – 10,973 undi, majoriti 7,476
N13. Simpang Jeram
PRN 2022: Salahuddin Ayub (PH) – 8,749 undi, majoriti 2,399
PRK 2023: Nazri Abdul Rahman (PH) – 13,844 undi, majoriti 3,514
N14. Bukit Naning
PRN 2022: Fuad Tukirin (BN) – 5,437 undi, majoriti 1,535
N15. Maharani
PRN 2022: Abdul Aziz Talib (PN) – 7,559 undi, majoriti 1,037
N16. Sungai Balang
PRN 2022: Selamat Takim (BN) – 8,294 undi, majoriti 2,293
N17. Semerah
PRN 2022: Fared Khalid (BN) – 12,542 undi, majoriti 4,041
N18. Sri Medan
PRN 2022: Zulkurnain Kamisan (BN) – 13,165 undi, majoriti 6,274
N19. Yong Peng
PRN 2022: Ling Tian Soon (BN) – 9,870 undi, majoriti 2,741
N20. Semarang
PRN 2022: Samsolbari Jamali (BN) – 11,122 undi, majoriti 5,846
N21. Parit Yaani
PRN 2022: Najib Samuri (BN) – 9,070 undi, majoriti 294
N22. Parit Raja
PRN 2022: Rashidah Ramli (BN) – 10,634 undi, majoriti 4,219
N23. Penggaram
PRN 2022: Gan Peck Cheng (PH) – 18,208 undi, majoriti 9,956
N24. Senggarang
PRN 2022: Yusla Ismail (BN) – 9,725 undi, majoriti 3,912
N25. Rengit
PRN 2022: Puad Zarkashi (BN) – 7,903 undi, majoriti 1,920
N26. Machap
PRN 2022: Onn Hafiz Ghazi (BN) – 11,029 undi, majoriti 6,543
N27. Layang-Layang
PRN 2022: Abd Mutalip Abd Rahim (BN) – 7,551 undi, majoriti 2,815
N28. Mengkibol
PRN 2022: Chew Chong Sin (PH) – 19,813 undi, majoriti 10,107
N29. Mahkota
PRN 2022: Sharifah Azizah Syed Zain (BN) – 16,611 undi, majoriti 5,166
PRK 2024: Syed Hussien Syed Abdullah (BN) – 27,995 undi, majoriti 20,648
N30. Paloh
PRN 2022: Lee Ting Han (BN) – 8,077 undi, majoriti 3,176
N31. Kahang
PRN 2022: R Vidyananthan (BN) – 10,486 undi, majoriti 6,698
N32. Endau
PRN 2022: Alwiyah Talib (PN) – 8,433 undi, majoriti 3,041
Nota: Alwiyah keluar Bersatu untuk kembali menyertai Umno.
N33. Tenggaroh
PRN 2022: K Raven Kumar (BN) – 10,528 undi, majoriti 1,356
N34. Panti
PRN 2022: Hahasrin Hashim (BN) – 12,599 undi, majoriti 5,854
N35. Pasir Raja
PRN 2022: Rashidah Ismail (BN) – 9,381 undi, majoriti 4,888
N36. Sedili
PRN 2022: Muszaide Makmor (BN) – 12,063 undi, majoriti 5,679
N37. Johor Lama
PRN 2022: Norlizah Noh (BN) – 12,171 undi, majoriti 6,039
N38. Penawar
PRN 2022: Fauziah Misri (BN) – 12,409 undi, majoriti 7,505
N39. Tanjung Surat
PRN 2022: Aznan Tamin (BN) – 9,850 undi, majoriti 5,903
N40. Tiram
PRN 2022: Azizul Bachok (BN) – 22,939 undi, majoriti 5,281
N41. Puteri Wangsa
PRN 2022: Amira Aisya Abd Aziz (Muda) – 22,884 undi, majoriti 7,114
N42. Johor Jaya
PRN 2022: Liow Cai Tung (PH) – 19,782 undi, majoriti 1,922
N43. Permas
PRN 2022: Baharudin Taib (BN) – 23,492 undi, majoriti 7,926
N44. Larkin
PRN 2022: Hairi Mad Shah (BN) – 16,053 undi, majoriti 6,178
N45. Stulang
PRN 2022: Andrew Chen (PH) – 12,499 undi, majoriti 2,866
N46. Perling
PRN 2022: Liew Chin Tong (PH) – 18,628 undi, majoriti 3,347
N47. Kempas
PRN 2022: Ramlee Bohani (BN) – 11,919 undi, majoriti 3,514
N48. Skudai
PRN 2022: Marina Ibrahim (PH) – 26,359 undi, majoriti 13,943
N49. Kota Iskandar
PRN 2022: Pandak Ahmad (BN) – 23,133 undi, majoriti 4,360
N50. Bukit Permai
PRN 2022: Jafni Shukor (BN) – 10,889 undi, majoriti 4,755
N51. Bukit Batu
PRN 2022: Arthur Chiong (PH) – 9,439 undi, majoriti 137
N52. Senai
PRN 2022: Wong Bor Yang (PH) – 16,525 undi, majoriti 5,921
N53. Benut
PRN 2022: Hasni Mohammad (BN) – 10,896 undi, majoriti 5,859
N54. Pulai Sebatang
PRN 2022: Hasrunizah Hassan (BN) – 12,473 undi, majoriti 6,325
N55. Pekan Nanas
PRN 2022: Tan Eng Meng (BN) – 11,024 undi, majoriti 4,835
N56. Kukup
PRN 2022: Jefridin Atan (BN) – 11,640 undi, majoriti 8,201


