Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata nilai kepimpinan serta perjuangan perintis kemerdekaan Sabah itu perlu mekar dalam jiwa setiap rakyat.Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata nilai kepimpinan serta perjuangan perintis kemerdekaan Sabah itu perlu mekar dalam jiwa setiap rakyat.

Rakyat perlu teruskan legasi, semangat patriotisme Fuad Stephens

2026/06/15 14:19
Okuma süresi: 2 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
AARON AGO DAGANGMenteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata perjuangan Fuad Stephens dalam pembentukan Malaysia, pembangunan Sabah dan penyatuan rakyat pelbagai kaum menjadi asas penting kepada proses pembinaan negara bangsa.

KOTA KINABALU: Semua lapisan masyarakat di negara ini perlu sentiasa menghayati dan meneruskan legasi kepimpinan serta semangat patriotisme yang ditinggalkan oleh tokoh negarawan Fuad Stephens.

Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang, berkata nilai-nilai kepimpinan serta perjuangan yang dibawa oleh perintis kemerdekaan Sabah itu perlu kekal hidup dan mekar dalam jiwa setiap rakyat Malaysia demi mempertahankan keharmonian negara bangsa.

“Marilah kita bersama-sama menghayati dan meneruskan legasi ‘Huguan Siou’ (Fuad) dalam kehidupan kita. Semoga semangat perjuangan Fuad Stephens terus hidup dalam jiwa setiap rakyat Malaysia, memandu kita ke arah sebuah negara bangsa yang lebih bersatu, aman dan makmur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Mengenang Negarawan Tun Fuad Stephens bertajuk ‘Legasi Huguan Siou Membina Negara Bangsa’ bersempena dengan Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Program anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Arkib Negara Malaysia itu sebahagian daripada inisiatif penting kerajaan dalam memelihara memori sejarah negara serta menghargai jasa tokoh-tokoh lampau.

Aaron berkata Fuad, atau nama asalnya Donald Aloysius Marmaduke Stephens, merupakan arkitek utama kemerdekaan Sabah serta jambatan perpaduan yang amat penting dalam proses pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1963.

Beliau berkata sifat kepemimpinan yang berteraskan integriti, keberanian dan keikhlasan membolehkan Fuad diangkat sebagai ‘Huguan Siou’ atau Pemimpin Agung yang dihormati oleh masyarakat Kadazan Dusun serta seluruh masyarakat di Sabah.

Malah, Aaron berkata pengorbanan terbesar tokoh itu dalam mengutamakan perpaduan terbukti apabila beliau sanggup membubarkan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) pada 1967 untuk bergabung dengan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) demi kestabilan politik.

“Perjuangan Fuad Stephens dalam pembentukan Malaysia, pembangunan Sabah dan penyatuan rakyat pelbagai kaum menjadi asas penting kepada proses pembinaan negara bangsa,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Aaron turut menyeru orang ramai agar mengambil peluang melawat Memorial Negarawan di Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur yang menempatkan koleksi serta bahan pameran sejarah berkaitan Fuad bagi menghayati sendiri nilai ketokohan wira negara berkenaan.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel