Ilyas Jamil mengaku tak bersalah atas tuduhan libat lebih RM1 juta, didakwa berkaitan tender naik taraf Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil.Ilyas Jamil mengaku tak bersalah atas tuduhan libat lebih RM1 juta, didakwa berkaitan tender naik taraf Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil.

CEO PSM mengaku tak salah 7 tuduhan rasuah berkait projek pusat skuasy

2026/06/18 10:10
Okuma süresi: 2 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Ilyas JamilCEO PSM Ilyas Jamil di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Ilyas Jamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tujuh tuduhan rasuah membabitkan lebih RM1 juta berhubung tender menaik taraf Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil.

Ilyas, 42, mengaku tidak bersalah selepas kesemua tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Kesemua tujuh tuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Bagi tuduhan pertama, Ilyas didakwa meminta RM1,005,000 daripada kontraktor Yap Yeow Kuen, 59, sebagai dorongan untuk melantik Aerolux Power Constructions Sdn Bhd sebagai pembida yang berjaya bagi projek bernilai RM8.73 juta untuk menaik taraf gelanggang dan kemudahan sukan di Pusat Skuasy Nasional di Kuala Lumpur Sports City.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat PSM di Sri Petaling pada 24 Feb lepas.

Bagi enam tuduhan selebihnya, Ilyas didakwa menerima suapan berjumlah RM450,000 daripada Yap menerusi tujuh transaksi antara 25 Feb dan 13 April sebagai dorongan berhubung projek sama.

Bayaran tersebut didakwa diterima di pejabat PSM dan di sebuah restoran di Pavilion Bukit Jalil.

Timbalan Pendakwa Raya Nuralis Mat memberitahu mahkamah kesalahan tersebut tidak boleh dijamin, namun ia boleh diberikan atas budi bicara mahkamah dengan mengambil kira kedudukan tertuduh, tahap serius kesalahan dan risiko tertuduh melarikan diri.

Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM200,000 dengan seorang penjamin, serta syarat tambahan yang mewajibkan tertuduh menyerahkan pasportnya sehingga kes selesai dan melaporkan diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali sebulan.

Bagaimanapun, peguam bela Yusmadi Yusoff memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan lebih rendah, dengan alasan jumlah yang tinggi akan membebankan kewangan anak guamnya.

“Anak guam saya mempunyai anak yang masih bersekolah. Hari ini, saya dimaklumkan bahawa beliau telah digantung kerja dan tidak mempunyai pekerjaan lain untuk menyara keluarganya.

“Saya mencadangkan jumlah antara RM50,000 hingga RM80,000. Saya rasa itu jumlah yang agak munasabah,” katanya, sambil menambah bahawa anak guamnya telah memberikan kerjasama penuh dalam siasatan dan menyerahkan dokumen berkaitan termasuk akuan bersumpah dan laporan polis.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, hakim membenarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkan tertuduh menyerahkan pasportnya sehingga kes selesai.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh melaporkan diri ke pejabat SPRM sekali sebulan dan memberi amaran supaya tidak mengganggu saksi.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan 27 Julai.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel