Tan Hong Pin persoal Seksyen 45F yang mewajibkan majikan melapor kekosongan jawatan kepada Perkeso sebelum mengambil pekerja.Tan Hong Pin persoal Seksyen 45F yang mewajibkan majikan melapor kekosongan jawatan kepada Perkeso sebelum mengambil pekerja.

PKS luar bandar terbeban dengan ‘batu pemberat’ denda RM5,000, dakwa MP

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Tan Hong Pin bimbang denda antara RM1,000 sehingga RM5,000 kepada PKS yang aliran tunainya agak sempit. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat kerajaan menyifatkan kewajipan melaporkan kekosongan jawatan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebelum mengambil pekerja sebagai ‘batu pemberat’ yang mampu menenggelamkan aliran tunai PKS mikro serta kedai runcit luar bandar.

Tan Hong Pin (PH-Bakri) berkata pelaksanaan Seksyen 45F yang memperuntukkan denda komposit berlapis sehingga RM5,000 hanya kerana kelewatan pentadbiran adalah satu pendekatan didakwa tidak mesra perniagaan.

“Bagi sesebuah PKS mikro atau kedai runcit keluarga di luar bandar, denda RM1,000 untuk kesalahan pertama ini tetap satu tamparan besar kepada aliran tunai mereka yang semakin sempit,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 di Dewan Rakyat.

Tambahnya, lambakan sistem pematuhan sedia ada seperti e-PCB Plus, jadual CP500, e-Invoice, dan MBRS oleh SSM sudah pun memeras kos, masa, dan tenaga kerja peniaga kecil.

Mengulas lanjut, Tan turut membandingkan pendekatan Malaysia dengan amalan antarabangsa yang dibawa oleh Persatuan Perkilangan Malaysia (FMM), di mana negara luar lebih mengutamakan ekosistem digital dan insentif berbanding hukuman.

Beliau memuji United Kingdom yang menyelaraskan data kekosongan jawatan secara automatik, serta Australia yang menawarkan subsidi gaji sebagai ganjaran kepada majikan.

“Bagi Singapura pula, instrumen yang digunakan adalah sekatan pentadbiran dalam kelulusan pas kerja di bawah Fair Consideration Framework, bukannya dengan memenjarakan atau mengenakan denda komposit wang ringgit.

“Negara lain menggunakan ekosistem e-digital untuk memberi insentif, tetapi kita memilih untuk membebankan PKS dengan ugutan denda bertingkat daripada RM1,000 hingga RM5,000 hanya untuk isu pelaporan,” katanya sambil menyeru kerajaan menggantikan pendekatan denda komposit ini kepada satu sistem insentif digital yang lebih inklusif dan mesra pengguna.

Mac lalu, Dewan Negara meluluskan RUU yang dibentangkan oleh Kementerian Sumber Manusia itu bagi memperluas peranan Perkeso dalam membantu pencari kerja mengisi kekosongan jawatan.

Melalui pindaan baharu di bawah akta tersebut, peruntukan kadar denda majikan diselaraskan mengikut siri kesalahan bermula daripada denda tidak melebihi RM1,000, RM3,000, sehingga maksimum RM5,000 bagi kesalahan berikutnya, berbanding cadangan asal RM10,000.

Piyasa Fırsatı
PinLink Logosu
PinLink Fiyatı(PIN)
$0.03014
$0.03014$0.03014
-15.09%
USD
PinLink (PIN) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.