Timbalan menteri berkata, Dewan Negara sebelum ini tolak cadangan denda RM10,000, ganti dengan struktur penalti progresif.Timbalan menteri berkata, Dewan Negara sebelum ini tolak cadangan denda RM10,000, ganti dengan struktur penalti progresif.

Keluar amaran dulu, baru denda majikan gagal lapor jawatan kosong, kata Kesuma

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Khairul Firdaus Akbar KhanTimbalan Menteri Kesuma Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, majikan akan diberikan taklimat dan panduan bagi memastikan pematuhan sebelum notis kompaun dikeluarkan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Majikan yang gagal melaporkan kekosongan jawatan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak akan didenda serta-merta, sebaliknya mereka akan diberikan notis pematuhan terlebih dahulu, menurut Kementerian Sumber Manusia (Kesuma).

Timbalan menterinya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, majikan akan diberikan taklimat dan panduan bagi memastikan pematuhan sebelum sebarang notis kompaun dikeluarkan.

“Perkeso tidak akan terus keluarkan denda. Ini bagi kesalahan pertama. Pendakwaan hanya akan jadi jalan terakhir,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan).

Perkeso mengendalikan Sistem Insurans Pekerjaan, yang menyediakan gantian pendapatan, latihan dan bantuan pekerjaan semula kepada mereka yang kehilangan pekerjaan. Ia juga mengendalikan portal pekerjaan negara, MYFutureJobs.

Khairul terdahulu membentangkan RUU itu bagi mempertimbangkan pindaan yang dibuat oleh Dewan Negara terhadap cadangan struktur penalti berkenaan.

Pindaan asal, yang mencadangkan penalti maksimum RM10,000 bagi kegagalan melaporkan kekosongan jawatan mengikut Seksyen 45F Akta Sistem Insurans Pekerjaan, telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 2 Dis 2025.

Bagaimanapun, Dewan Negara meminda RUU itu pada 12 Mac tahun ini dan memperkenalkan struktur penalti progresif yang telah disemak semula.

Di bawah peruntukan yang disemak semula itu, majikan yang gagal memaklumkan Perkeso mengenai kekosongan jawatan atau jawatan baharu sebelum mengambil pekerja akan berdepan denda sehingga RM1,000 bagi kesalahan pertama, sehingga RM3,000 bagi kesalahan kedua, dan sehingga RM5,000 bagi kesalahan ketiga dan seterusnya.

Khairul berkata, RUU itu diperkenalkan selepas wujud kebimbangan bahawa penalti asal RM10,000 terlalu berat, terutamanya bagi kesalahan pentadbiran kali pertama serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Katanya lagi, RUU itu bukan bertujuan menghukum majikan tetapi mendidik mereka untuk ‘mewujudkan ekosistem peluang pekerjaan yang teratur dan boleh memberi pulangan baik kepada masyarakat’.

Tambahnya, kementerian akan mempertimbangkan pengecualian bagi majikan daripada melaporkan kekosongan jawatan jika perlu, di bawah kuasa arahan menteri yang diperuntukkan mengikut Seksyen 83 Akta berkenaan.

RUU itu kemudiannya diluluskan dengan undian suara majoriti selepas dibahaskan oleh 14 Ahli Parlimen.

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0,00002502
$0,00002502$0,00002502
-4,24%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.