Bersatu tidak arah penyokongnya mengundi mana-mana parti tertentu di kerusi tidak ditandingi PN, manakala PAS pula dilihat sokong BN walaupun di dua kerusi ditandingiBersatu tidak arah penyokongnya mengundi mana-mana parti tertentu di kerusi tidak ditandingi PN, manakala PAS pula dilihat sokong BN walaupun di dua kerusi ditandingi

Penyokong Bersatu mungkin sokong PH tanda protes terhadap PAS, kata penganalisis

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
VOTERS - PUBLIC - AYER KUNINGPelbagai faktor mempengaruhi PRN Johor akan datang, termasuk pertembungan yang menyaksikan PAS dan Bersatu bergerak secara berasingan walaupun masih berada di bawah logo Perikatan Nasional.

PETALING JAYA: Penyokong Bersatu di Johor berkemungkinan membelakangi PAS dengan memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) pada PRN Johor 11 Julai ini, sebagai tanda protes berhubung layanan PAS terhadap parti itu, kata seorang penganalisis politik.

Penganalisis dari Akademi Nusantara, Azmi Hassan, berkata terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi PRN kali ini, terutama apabila Perikatan Nasional (PN) hanya bertanding di 33 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Menurutnya, dalam PN, Bersatu dan PAS dijangka kekal sebagai rakan gabungan walaupun PAS mengumumkan penamatan kerjasama politik antara kedua-dua parti itu bulan lalu.

Beliau turut merujuk kepada gesaan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man supaya ahli dan penyokong PAS menyokong Barisan Nasional (BN) di kerusi yang tidak ditandingi PN.

“Saya fikir, memandangkan permusuhan antara Bersatu dan Umno, penyokong Bersatu lebih cenderung menyokong PH berbanding BN,” katanya kepada FMT.

Bersatu ditubuhkan pada 2016 oleh beberapa tokoh kanan bekas Umno, termasuk Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin.

Parti itu kemudian memainkan peranan penting dalam menumbangkan kerajaan BN pada PRU 2018 sebelum keluar daripada PH, yang akhirnya menyebabkan kerajaan gabungan itu tumbang.

“Penyokong Bersatu juga mungkin mahu mengundi PH semata-mata untuk menentang Tuan Ibrahim kerana PAS dan Bersatu masih mempunyai perselisihan yang belum selesai,” kata Azmi.

Bersatu bertanding di 16 daripada 33 kerusi yang ditandingi PN di Johor, manakala PAS meletakkan 11 calon. Walaupun masih menjadi sekutu dalam gabungan, kedua-dua parti itu bagaimanapun berkempen secara berasingan.

Sebaliknya, PAS mengarahkan penyokongnya supaya menyokong BN di baki 23 kerusi yang tidak ditandinginya.

Berbeza dengan PAS, Bersatu menyerahkan kepada penyokongnya untuk menentukan parti pilihan mereka, tanpa menghalang ahli dan penyokong daripada mengundi parti di luar PN.

Sementara itu, sebagai tanda sokongan kepada BN, pemimpin PAS bahagian menghadiri satu program BN di Batu Pahat pada Isnin, tindakan yang menurut Pengerusi BN Johor Onn Hafiz Ghazi, membuatkan beliau ‘terkejut dan terharu’.

PAS tidak bertanding di kawasan itu, walaupun Bersatu mewakili PN di kerusi Senggarang dan Rengit. Kerusi Penggaram pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara MCA dan DAP.

PAS tidak mengeluarkan arahan khusus supaya ahlinya menyokong calon Bersatu, namun Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata beliau menjangkakan ahli parti akan berbuat demikian bagi mengelakkan kemenangan PH.

Stigma terhadap DAP halang penyokong Bersatu sokong PH

Sementara itu, Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia berpandangan peluang penyokong Bersatu mengundi PH adalah sangat tipis, sebahagiannya disebabkan ‘stigma’ yang dikaitkan dengan DAP.

Fauzi berkata, penyokong Bersatu yang mengundi PH pada 2018 ketika parti itu masih berada dalam gabungan tersebut berkemungkinan besar tidak akan berbuat demikian lagi.

“Mereka mungkin berbuat demikian ketika itu kerana percaya Mahathir dan pada tahap tertentu, Muhyiddin, mampu mengimbangi pengaruh DAP dalam PH. Namun, akhirnya terbukti mereka tidak mampu berbuat demikian.

“Persepsi dalam kalangan pengundi Melayu bahawa PH didominasi DAP, bukannya PKR atau Amanah, menjadi faktor yang menghalang mereka daripada mengundi PH.

“Selain faktor kaum dan agama, PH juga tidak mempunyai pencapaian yang benar-benar boleh dibanggakan di peringkat akar umbi, memandangkan BN telah menguasai pentadbiran kerajaan negeri sejak empat tahun lalu,” katanya.

Piyasa Fırsatı
Decentraland Logosu
Decentraland Fiyatı(MANA)
$0.06341
$0.06341$0.06341
-0.58%
USD
Decentraland (MANA) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.