Timbalan Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi M Kulasegaran berkata perbincangan dengan Kementerian Kewangan giat dijalankan untuk menaikkan elaun anggotaTimbalan Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi M Kulasegaran berkata perbincangan dengan Kementerian Kewangan giat dijalankan untuk menaikkan elaun anggota

Kerajaan teliti pinda akta benar Suhakam jana pendapatan sendiri

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
suhakamTimbalan Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi M Kulasegaran berkata ia bagi memastikan Suhakam mempunyai sumber kewangan mencukupi tanpa bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti secara menyeluruh cadangan pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 1999 (Akta 597) bagi membolehkan badan itu menjana sumber pendapatan tambahan sendiri melalui pelaksanaan latihan dan program berkaitan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran, berkata langkah itu bertujuan memastikan Suhakam mempunyai sumber kewangan mencukupi tanpa bergantung sepenuhnya kepada peruntukan tahunan kerajaan.

“Akta 597 tidak memperuntukkan sebarang kuasa kepada Suhakam untuk mengenakan caj atau fi bagi pelaksanaan latihan hak asasi manusia tersebut bagi menampung kos pelaksanaannya.

“Cadangan pindaan akan diteliti secara menyeluruh dengan mengambil kira antara lain, pemantauan kepada prinsip Paris serta kesesuaian dengan mandat dan fungsi Suhakam,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Teresa Kok (PH-Seputeh) sama ada kerajaan mempunyai rancangan meminda Akta 597 bagi membenarkan Suhakam menjana pendapatan tambahan menerusi pelaksanaan latihan, kursus dan sebagainya.

Berhubung kekangan kewangan, Kulasegaran berkata, perbincangan bersama Kementerian Kewangan giat dijalankan dalam menaikkan kadar elaun anggota suruhanjaya itu.

“Saya setuju elaun yang dibayar ini tidak setanding apa yang patut diberikan. Perkara itu telah dirujuk kepada Kementerian Kewangan dan saya difahamkan ada beberapa perbincangan untuk meningkatkan elaun tersebut kerana peranan yang dimainkan suruhanjaya ini sangat mustahak.”

Piyasa Fırsatı
MemeCore Logosu
MemeCore Fiyatı(M)
$1.06918
$1.06918$1.06918
-11.14%
USD
MemeCore (M) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.