Menteri Sumber Manusia R Ramanan berkata nilai pelaburan RM270.72 juta berjaya dipulih melalui pelan penstrukturan semula dan pengurusan portfolio lebih berdisiplinMenteri Sumber Manusia R Ramanan berkata nilai pelaburan RM270.72 juta berjaya dipulih melalui pelan penstrukturan semula dan pengurusan portfolio lebih berdisiplin

6 pengurusan tertinggi HRD Corp digantung masih dalam siasatan dalaman

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
hrd corpHRD Corp menggantung enam anggota pengurusan tertingginya awal tahun ini susulan laporan PAC, Ketua Audit Negara dan SPRM yang membangkitkan dakwaan salah urus.

PETALING JAYA: Enam anggota pengurusan tertinggi Human Resource Development Corporation (HRD Corp) yang digantung awal tahun ini masih dalam siasatan dalaman.

Menteri Sumber Manusia, R Ramanan, berkata proses tindakan tatatertib terhadap mereka telah dimulakan, namun keputusan bergantung kepada hasil siasatan dalaman yang sedang dijalankan.

“HRD Corp memberi jaminan bahawa keseluruhan proses ini dilaksanakan secara adil dan telus.

“Sebarang bentuk salah laku atau pelanggaran undang-undang tidak akan dikompromi bagi memastikan integriti dan kepentingan dana terus terpelihara,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada Yeo Bee Yin (PH-Puchong).

Enam pegawai kanan itu digantung susulan beberapa laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Ketua Audit Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membangkitkan dakwaan salah urus.

Laporan tersebut membabitkan pengurusan levi tidak digunakan oleh syarikat berkaitan kerajaan itu, pengambilalihan Menara Ikhlas, serta pengurusan pelaburan ekuiti HRD Corp.

Laporan Ketua Audit Negara 2024 turut mengesyorkan supaya Kementerian Sumber Manusia merujuk pengurusan HRD Corp kepada agensi penguatkuasaan selepas GLC itu gagal dalam auditnya.

Sementara itu, PAC mendedahkan panel pelaburan syarikat itu tidak melaporkan aktiviti pelaburan dengan sewajarnya kepada lembaga pengarah, selain levi yang dikutip digunakan secara ‘agresif’ untuk pelaburan berisiko tinggi.

Bagaimanapun, pada Disember 2024, dilaporkan bahawa SPRM telah membersihkan pengurusan HRD Corp daripada sebarang salah laku, dengan menyatakan tiada kesalahan di bawah Akta SPRM dilakukan.

Ramanan berkata HRD Corp telah menubuhkan jawatankuasa siasatan yang melibatkan ketua unit integriti kementeriannya untuk meneliti laporan PAC, Ketua Audit Negara dan SPRM.

Beliau berkata GLC itu telah menyusun semula portfolio pelaburannya dengan objektif pemeliharaan modal dan keselamatan fiskal jangka panjang, selain satu panel pelaburan baharu ditubuhkan yang terdiri daripada individu berpengalaman dalam pelaburan, kewangan dan pengurusan risiko.

“Mulai tahun ini, HRD Corp berjaya memulihkan nilai pelaburan sebanyak RM270.72 juta melalui pelaksanaan pelan penstrukturan dan pengurusan portfolio yang lebih berdisiplin

“Inisiatif ini telah memperkukuhkan profil risiko dana dengan menurunkan pendedahan kepada aset berisiko tinggi daripada 21.6% kepada 13.5% daripada jumlah aset di bawah pengurusan,” katanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.