Anwar Ibrahim berkata peningkatan perdagangan dua hala dengan China menggunakan yuan dan ringgit tidak boleh dianggap proses mengetepikan dolar AS.Anwar Ibrahim berkata peningkatan perdagangan dua hala dengan China menggunakan yuan dan ringgit tidak boleh dianggap proses mengetepikan dolar AS.

Dagangan yuan, ringgit meningkat, tetapi dolar masih penting, kata PM

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata transaksi yuan dan ringgit meningkat daripada kira-kira 5% kepada 18% berbanding keseluruhan perdagangan antara China dan Malaysia. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim berkata Malaysia dan China memperluaskan penggunaan ringgit dan yuan dalam perdagangan dua hala yang meningkat daripada kira-kira 5% kepada 18% ketika ini.

Tetapi, perdana menteri berkata, ia bukan bertujuan mengetepikan dolar AS dalam perdagangan Malaysia.

“Ini bukan soal menghapuskan penggunaan dolar sepenuhnya kerana dolar masih memainkan peranan penting dalam transaksi kewangan antarabangsa,” katanya pada majlis pelancaran Pusat Pembangunan Global Ant International di Tun Razak Exchange.

Malaysia giat memperluaskan penggunaan mata wang tempatan dalam penyelesaian perdagangan rentas sempadan untuk mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS dan meminimumkan risiko kadar pertukaran.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan dilaporkan berkata, penyelesaian perdagangan dan pelaburan mata wang tempatan Malaysia dengan China, Thailand dan Indonesia berkembang pesat sejak 16 tahun lalu.

Anwar berkata, kerjasama Malaysia dan China bukan hanya di peringkat kerajaan, tetapi turut membabitkan dasar yang memanfaatkan kedua-dua negara serta rakyatnya, termasuk dalam kewangan, teknologi dan pembangunan digital.

Menurutnya, keputusan Ant International menubuhkan pusat pembangunan globalnya di Kuala Lumpur signifikan kerana syarikat lain hanya menubuhkan pejabat serantau di Malaysia.

Ant International ialah penyedia global dalam bidang pembayaran digital, pendigitalan dan teknologi kewangan berpusat di Singapura yang menyediakan perkhidmatan pembayaran rentas sempadan, penyelesaian pedagang, alat pendigitalan PKS serta teknologi perkhidmatan kewangan.

Pusat pembangunan globalnya di Kuala Lumpur ditubuhkan untuk membangunkan teknologi dan penyelesaian komersial dari Malaysia untuk pasaran antarabangsa, di samping mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi serta membina bakat tempatan.

Anwar berkata, pelancaran pusat itu mencerminkan keyakinan terhadap kestabilan Malaysia dan kejelasan dasar kerajaan.

Dengan Putrajaya sedang menyiapkan Rang Undang-undang Tadbir Urus AI, Anwar mahu Ant International memberikan pandangannya untuk memastikan undang-undang dicadangkan itu mencerminkan amalan pengawalseliaan terkini.

“Kami mahu memastikan (RUU itu) di tahap terkini dan canggih kerana ia akan melengkapi rangka kerja sedia ada, termasuk Akta Keselamatan Siber dan peraturan perlindungan data kami.”

Jelasnya, kepercayaan digital akan menjadi teras kepada pembangunan Malaysia sebagai negara digital, khasnya ketika AI membentuk semula perdagangan, penilaian kredit, pengurusan risiko dan pasaran rentas sempadan.

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0.00002503
$0.00002503$0.00002503
-7.29%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.