Ketua Pemuda Umno Johor Noor Azleen Ambros berkata konsep itu merangkumi semua masyarakat dan kekal penting dalam memupuk perpaduan antara orang Melayu, Cina, IndiaKetua Pemuda Umno Johor Noor Azleen Ambros berkata konsep itu merangkumi semua masyarakat dan kekal penting dalam memupuk perpaduan antara orang Melayu, Cina, India

Identiti Bangsa Johor satukan semua kaum, kata pemimpin Umno

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Ketua Pemuda Umno Johor-Noor Azleen Ambros-1Noor Azleen Ambros berkata kerajaan Johor terus memperkukuh identiti Bangsa Johor dengan menjaga kebajikan semua kaum.

JOHOR BAHRU: Ketua Pemuda Umno Johor Noor Azleen Ambros berkata identiti Bangsa Johor mampu menjadi titik persamaan kepada masyarakat pelbagai kaum di negeri itu, selain mengukuhkan perpaduan tanpa mengira latar belakang kaum.

Noor Azleen berkata konsep Bangsa Johor merangkumi semua masyarakat di negeri itu dan kekal menjadi asas penting dalam memupuk perpaduan antara orang Melayu, Cina, India serta kaum lain.

“Apabila kita bercakap mengenai Bangsa Johor, ia mewakili Melayu, Cina, India dan lain-lain. Kita mengenali diri kita sebagai Bangsa Johor, dan identiti itu menyatukan kita sebagai satu masyarakat walaupun berbeza kaum dan latar belakang,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika ditanya bagaimana Barisan Nasional (BN) berhasrat menarik sokongan pengundi Cina dan India pada PRN Johor 11 Julai ini.

Katanya, kerajaan Johor memperkukuh identiti Bangsa Johor dengan terus memberi tumpuan kepada kebajikan semua masyarakat, selain tidak pernah mengetepikan kepentingan, keperluan atau aspirasi mana-mana kaum.

“Bangsa Johor bukan sekadar konsep penyatuan. Kita dapat hidup sebagai masyarakat berbilang kaum kerana rakyat tahu kerajaan negeri benar-benar mengambil berat keperluan semua komuniti,” katanya.

BN membentuk kerajaan Johor selepas memenangi 40 daripada 56 kerusi pada PRN 2022. Pakatan Harapan menang 12 kerusi, manakala Perikatan Nasional memperoleh tiga kerusi dan Muda satu kerusi.

Noor Azleen berkata institusi diraja Johor turut memainkan peranan penting melalui yayasan yang diwujudkan bagi membantu masyarakat berbeza kaum.

Beliau memberi contoh Yayasan Sultanah Fatimah yang membantu masyarakat Cina melalui bantuan kebajikan, kesihatan dan sokongan kepada peniaga kecil, selain Yayasan Sultanah Rogayah yang memberi tumpuan kepada kebajikan, pendidikan dan rumah ibadat masyarakat India.

Beliau turut menyebut sambutan Chingay tahunan di Johor sebagai contoh identiti masyarakat majmuk di negeri itu.

“Orang Melayu juga menantikan sambutan Chingay kerana ia menunjukkan Bangsa Johor dibina atas perpaduan dan sikap saling menghormati, dengan rakyat bersama-sama meraikan perayaan masyarakat lain.

“Kita bangga dikenali sebagai Bangsa Johor tanpa mengira kaum, pada masa sama memastikan keperluan setiap masyarakat terus dibela melalui yayasan-yayasan ini,” katanya.

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0.00002557
$0.00002557$0.00002557
-5.29%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.