Pemimpin Bersama Rafizi Ramli berkata parti itu menerima sambutan di luar jangkaan, dengan ramai individu berkelayakan tampil melalui proses permohonan.Pemimpin Bersama Rafizi Ramli berkata parti itu menerima sambutan di luar jangkaan, dengan ramai individu berkelayakan tampil melalui proses permohonan.

Bekas penjawat awam kanan tawar diri jadi calon Bersama, kata Rafizi

2026/06/21 11:40
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Rafizi Ramli Nik Nazmi Nik AhmadBekas menteri Rafizi Ramli (kanan) dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengosongkan kerusi Parlimen Pandan serta Setiawangsa dan meninggalkan PKR bulan lalu, sebelum mengambil alih Bersama.

PETALING JAYA: Bekas penjawat awam kanan antara individu menawarkan diri menjadi calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) pada PRN Johor dan Negeri Sembilan, menurut pemimpin parti itu, Rafizi Ramli.

Menurutnya, Bersama menerima sambutan di luar jangkaan, dengan ramai individu berkelayakan tampil secara sukarela melalui proses permohonan dan mereka akan melalui proses saringan dan temu duga secara digital sebelum dipertimbangkan untuk bertanding.

“Saya sendiri meneliti satu persatu permohonan dan rakaman temu duga yang dihantar.

“Hampir semua yang tampil bukan orang politik, tetapi rakyat biasa mempunyai latar belakang profesional dan pengalaman kerja yang baik,” katanya menurut Sinar Harian selepas Jelajah Kancil di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, malam tadi.

Proses tapisan calon PRN Johor sudah selesai dan beliau yakin senarai calon yang terdiri daripada gabungan profesional, individu berpengalaman dalam politik serta aktif dalam komuniti mampu mengejutkan pelbagai pihak.

“Kita melihat latar belakang pendidikan, kerjaya, penglibatan masyarakat dan kemampuan mereka menyelesaikan masalah rakyat.

“Insya-Allah apabila diumumkan nanti, orang ramai akan melihat kualiti calon-calon Bersama setanding, malah lebih baik daripada parti sudah lama bertapak.”

Katanya, sambutan golongan profesional, intelektual dan bekas pegawai kanan kerajaan sangat menggalakkan, sekali gus menunjukkan mereka yakin dengan perjuangan dibawakan parti itu.

“Sambutan yang diterima setakat ini menunjukkan sokongan paling memberangsangkan datang daripada pengundi Melayu, termasuk golongan profesional dan penjawat awam,” katanya sambil menambah kehadiran golongan berpengalaman turut menepis dakwaan Bersama hanya mendapat sokongan kelompok tertentu.

Rafizi dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengosongkan kerusi Parlimen Pandan serta Setiawangsa dan meninggalkan PKR bulan lalu, sebelum mengambil alih Bersama.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN Johor dan Negeri Sembilan akan diadakan pada 11 Julai serta 1 Ogos ini.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0,00002936
$0,00002936$0,00002936
+%0,30
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order